nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SPRM jumpa pemimpin kerajaan negeri P. Pinang esok?

2 JULAI: Satu pertemuan antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan beberapa pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang dijangka diadakan esok.

Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P Ramasamy hari ini.

Beliau menyatakan, pegawai SPRM akan bertemu dengannya di pejabatnya di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di Georgetown pada pukul 9.30 pagi.

Ramasamy difahamkan bahawa SPRM akan turut bertemu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Exco kerajaan negeri, Zairil Khir Johari.

“Sebelum ini, saya pernah dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes terowong dasar laut pada 2018, namun ia terhenti.

“Walau bagaimanapun, kerajaan baharu sekarang ingin melihat perkara itu kembali,” katanya pada sidang media pengumuman penganjuran Ekspo Pendidikan dan TVET Pulau Pinang secara dalam talian 2020 hari ini.

Beliau memberitahu, sekiranya pertemuan itu mempunyai kaitan dengan skandal rasuah projek mega terowong dasar laut, beliau akan memberi kerjasama dan menerima kedatangan SPRM dengan hati terbuka.

Semalam, Chow memaklumkan kerajaan negeri telah menerima surat daripada SPRM untuk menemu bual beberapa Exco dan pemimpin negeri berhubung skandal terowong dasar laut itu.

Bekas Penolong Bendahari DAP Pulau Pinang, Jeffrey Chew Gim Eam direman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes SPRM.

Difahamkan, penahanan Chew adalah berkaitan siasatan skandal rasuah projek terowong dasar laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.