nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sempadan Malaysia-Singapura dibuka kepada pekerja

14 JULAI: Malaysia dan Singapura bersetuju untuk melaksanakan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) bagi memenuhi keperluan pekerja yang berulang-alik antara dua negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatnya di Singapura, Dr Vivian Balakrishnan menyatakan kesepakatan dua negara itu dalam kenyataan media bersama, hari ini.

Mereka berkata, langkah itu membolehkan perjalanan rentas sempadan untuk perniagaan penting dan tujuan rasmi antara Malaysia dan Singapura.

Hishammuddin dan Vivian berharap rakyat Malaysia dan Singapura yang terbabit menyerahkan jadual perjalanan terkawal kepada pihak berkuasa dan mematuhi jadual berkenaan sepanjang tempoh mereka di negara yang menerimanya.

“Skim PCA pula akan membenarkan penduduk Singapura dan Malaysia yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan pekerjaan memasuki negara terbabit untuk bekerja,” kata mereka.

Menerusi skim itu, pemegang pas imigresen boleh berada sekurang-kurangnya tiga bulan di negara itu dan mereka dibenarkan kembali ke negara asalnya untuk cuti jangka pendek, kemudian kembali bekerja bagi sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga bulan berturut-turut.

Bagi kedua-dua skim itu, rakyat Malaysia dan Singapura yang memenuhi syarat perlu mematuhi langkah pencegahan dan kesihatan awam COVID-19 yang dipersetujui bersama kedua negara termasuk menjalani ujian polymerase chain reaction (PCR).

“Rundingan dua negara itu juga berjaya mencapai persetujuan dengan lebih awal berbanding daripada yang disasarkan pada 10 Ogos depan,” kata mereka.

Hishammuddin dan Vivian menambah, langkah itu sekali gus memberikan peluang kepada agensi berkaitan daripada kedua-dua kerajaan meneruskan rundingan akhir berkenaan prosedur operasi standard (SOP) bagi kedua-dua inisiatif berkenaan.

Menyedari kepentingan rakyat Malaysia dan Singapura serta memastikan kelancaran pergerakan rentas sempadan, kedua-dua negara bersetuju menerbitkan keperluan, protokol kesihatan, dan proses permohonan diperlukan untuk perjalanan masuk dan keluar bagi kedua-duanya, iaitu 10 hari sebelum pelaksanaan RGL dan PCA.

Kedua-dua negara juga bersetuju untuk memperluaskan skim lain yang bersesuaian untuk pergerakan orang ramai termasuk cadangan rentas sempadan ulang-alik harian bagi tujuan pekerjaan dengan mengambil kira prosedur kesihatan dan kemudahan perubatan yang diperlukan di kedua-dua negara bagi menjamin keselamatan rakyat masing-masing.

Menerusi kesepakatan itu, Malaysia dan Singapura yakin berupaya memulihkan interaksi rentas sempadan dan pertukaran ekonomi secara berperingkat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.