nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

“Berbelanjalah untuk Malaysia” – PM

18 JULAI: Kerajaan hari ini melancarkan Program Jualan Mega dan Kempen Beli Barangan Malaysia Tahun 2020 bagi memperkukuhkan perbelanjaan domestik dengan menggalakkan para pengguna di negara ini membeli barangan buatan Malaysia.

Perdana Menteri berkata Kempen Beli Barangan Malaysia juga disasar akan dapat mempertingkatkan lagi keupayaan syarikat-syarikat tempatan khususnya memperkukuhkan aliran tunai dan daya saing.

Berikutan itu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan melalui PENJANA telah memperuntukkan sejumlah RM20 juta bagi menjayakan kempen ini yang mengutamakan penggunaan barangan dan perkhidmatan tempatan.

“Saya juga ingin menyarankan semua pengguna agar “Berbelanjalah untuk Malaysia” kerana setiap perbelanjaan kita kelak akan dapat membantu memastikan ekonomi negara kita kekal berdaya saing.

“Rakyat Malaysia perlu memastikan setiap perbelanjaan mereka adalah lebih nilai untuk wang (value for money) ke atas produk termasuk produk tempatan yang berkualiti.

“Dengan berbelanja, kesan penggandaan dalam ekonomi akan dapat dipertingkatkan, mewujudkan peluang pekerjaan dan seterusnya menambahkan hasil pendapatan rakyat.

“Harapan saya semoga kempen seperti ini menjadi satu titik permulaan kepada usaha bersama di antara Kerajaan, industri dan juga rakyat dalam memastikan kejayaan kita memulihkan ekonomi pasca wabak Covid-19 dapat diteruskan dengan kejayaan merancakkan semula ekonomi negara,” katanya ketika berucap merasmikan program dan kempen berkenaan di Menara Suria KLCC di sini sebentar tadi.

Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata tindakan itu perlu kerana ketika ini, sektor-sektor ekonomi utama negara telah beroperasi pada tahap sedia kala di mana 90.1 peratus atau 13.7 juta rakyat Malaysia telah kembali bekerja.

Katanya, dunia termasuk Malaysia berhadapan dengan cabaran kelembapan pertumbuhan ekonomi akibat Covid-19.

Katanya, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) , syarikat berskala pertengahan dan multinasional, mengalami kesukaran dari segi kekangan aliran tunai dan kehilangan atau kekurangan pelanggan.

Beliau berkata rantaian bekalan turut terjejas terutamanya bagi sektor industri serta perkhidmatan yang terpaksa bergantung kepada bahan mentah, komponen dan bekalan import.

“Justeru, Kerajaan mengkaji dan menilai semula dasar sedia ada untuk mengurangkan kebergantungan kepada produk import dan memberikan keutamaan kepada pembinaan keupayaan industri tempatan mengeluarkan produk buatan Malaysia.

” Malaysia perlu mempunyai keupayaan dalam mengeluarkan produk-produk kritikal merangkumi sektor makanan dan minuman, peranti perubatan, ubat-ubatan, petrokimia dan peralatan perlindungan peribadi seperti sarung tangan dan pelitup muka.

“Apabila negara mempunyai keupayaan terbabit, maka kita mampu mengurangkan aliran keluar matawang Malaysia dan seterusnya meningkatkan eksport barangan tempatan,” katanya.

Beliau berkata bagi membantu pihak industri, PKS menangani masalah aliran tunai, pelbagai insentif telah diperkenalkan Kerajaan di bawah Pelan PRIHATIN serta Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA bagi memastikan ekonomi negara kekal berdaya saing dalam usaha merangsang dan merancakkan semula pertumbuhan ekonomi domestik.

Katanya, kerajaan melalui PENJANA, telah menggariskan tiga teras utama dalam fasa pemulihan ekonomi negara iaitu memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.

“Di bawah inisiatif ini, Kerajaan memberikan tumpuan yang khusus untuk memperkasakan ekonomi domestik melalui Kempen Beli Barangan Malaysia.

“Inisiatif ini buat pertama kalinya dilancarkan pada tahun 1984 dengan nama Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia pada masa tersebut. Kempen Beli Barangan Malaysia Tahun 2020 membawa semangat yang sama untuk memperkukuhkan perbelanjaan domestik dengan menggalakkan para pengguna di negara ini membeli barangan buatan Malaysia,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.