nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perjanjian RTS Malaysia-Singapura dimuktamad 30 Julai

21 JULAI: Malaysia dan Singapura sudah mencapai kata sepakat untuk memuktamadkan tiga perjanjian bagi pembangunan projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan kedua-dua negara, pada 30 Julai ini.

Majlis pemeteraian perjanjian bileteral, konsesi dan usaha sama RTS berkenaan dijadualkan berlangsung di Tambak Johor dengan disaksikan Perdana Menteri kedua-dua negara.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ketika mengumumkan perkembangan itu berkata proses pembinaan RTS dijangka bermula sejurus kelulusan sewajarnya diperoleh pada Januari, tahun depan dan beroperasi sepenuhnya menjelang penghujung 2026.

“Pembinaan RTS akan dilakukan dalam dua fasa, iaitu bahagian pertama pada awal 2021 hingga hujung 2024, merangkumi fasa pembinaan atau pembangunan struktur sivil.

“Manakala awal 2025 hingga hujung 2026, ialah pembinaan sistem seperti isyarat, ‘rolling stock’, telekomunikasi, pentauliahan dan pengujian sistem,” katanya ketika menjawab soalan PH-Johor Bahru, Akmal Nasir yang ingin tahu mengenai status terkini rundingan Malaysia-Singapura berkaitan projek RTS pada sesi jawab lisan di Parlimen sebentar tadi.

Mengulas soalan tambahan Akmal mengenai kos sebenar pembinaan RTS dan langkah kerajaan untuk menjamin ia berupaya menawarkan tambang pada kadar berpatutan, Ka Siong berkata faktor yang mempunyai kaitan dengan rakyat serta penumpang sentiasa diberikan keutamaan.

“Kita kena buat perbandingan, kalau pada awal 2018 mengenai kos sistem yang dicadangkan ketika itu adalah transit aliran massa (MRT), tetapi selepas mengambil pelbagai faktor pertimbangan, ia ditukar menjadi transit aliran ringan (LRT).

“Dari segi spesifikasi, ia berlainan. Kedua, kos tanah, ini juga atas ihsan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan untuk membantu kita dalam hal ini, maka kerajaan tidak pakai sehingga kos siling.

“Seperti diumumkan bekas Menteri Pengangkutan (Anthony Loke), betul masa itu RM3.16 bilion, tetapi apabila kita pindah stesen, di mana depoh itu kalau dulu di Mandai, tidak perlu buat depoh.

“Tetapi apabila dipindahkan ke Wadihana, di kawasan Yang Berhormat juga, maka kita terpaksa sediakan satu depoh dan perbelanjaan dari segi kos, pengambilalihan tanah, pembinaan, sistem keselamatan seperti ditetapkan Malaysia dan Singapura, ia memerlukan kos tambahan RM500 juta,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.