nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mara Inc: PKR, DAP gesa siasat, Annuar bagi tiga nama bantu SPRM

8 OGOS: Tan Sri Annuar Musa menyenaraikan tiga individu termasuk pemimpin utama Kerajaan Warisan Sabah yang beliau percaya boleh membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya penyiasatan dibuka semula berhubung pembelian bangunan di Melbourne oleh anak syarikat Mara Incorporated Sdn Bhd pada tahun 2012 dan 2013 seperti digesa pembangkang.

Menurut Annuar yang juga bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), tiga individu berkenaan memegang jawatan berkaitan dengan isu tersebut ketika kejadian itu didakwa berlaku termasuk Menteri yang menjaga Mara dan yang turut meluluskan pembelian, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang kini Ketua Menteri Sabah.

Kata Annuar, dua lagi individu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Mara ketika itu, Datuk Dr Yusof Yaakob (kini Menteri Kabinet Sabah) dan bekas Pengerusi Mara Inc, Datuk Lan Alani dari Semporna, Sabah.

Jelas Menteri Wilayah Persekutuan itu, beliau sememangnya menyokong gesaan dua Ahli Parlimen pembangkang supaya SPRM mengambil tindakan segera, berikutan mahkamah Australia telah mendakwa beberapa individu berkaitan tuduhan rasuah dalam pembelian bangunan berkenaan.

“Saya dilantik sebagai Pengerusi Mara pada 19 Julai 2013 menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh. Pembelian aset-aset tersebut telah berlaku antara tahun 2012 hingga Mac 2013 iaitu sebelum saya dilantik sebagai Pengerusi Mara.

“Waktu itu Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Mara adalah Dr Yusof (kini Menteri Negeri Sabah), Pengerusi Mara Inc pula adalah Lan Alani dari Semporna Sabah, sementara Menteri yang menjaga Mara dan yang turut meluluskan pembelian adalah Mohd. Shafie (kini Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Semporna).

“Saya percaya kesemua mereka boleh membantu penyiasatan SPRM,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurut Annuar, Ahli Parlimen Johor Bahru dari PKR, Akmal Nasir dan Ahli Parlimen Seputeh dari DAP Teresa Kok telah membuat gesaan terbuka supaya SPRM mengambil tindakan segera, berikutan mahkamah Australia di Melbourne telah mendakwa beberapa individu rakyat Malaysia berkaitan tuduhan rasuah dalam pembelian bangunan di Melbourne oleh anak syarikat Mara Incorporated Sdn Bhd pada tahun 2012 dan 2013.

“Saya menyokong gesaan kedua-dua Yang Berhormat tersebut dan berharap pihak SPRM dapat bertindak segera ‘without fear or favour’ dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

“Saya percaya beberapa perkara yang telah berbangkit di mahkamah Australia berkenaan kes ini, turut melibatkan “Maklumat Baru” yang sememangnya menuntut dan membolehkan SPRM membuka semula penyiasatan mereka yang terdahulu,” katanya.

Akmal dalam kenyataannya sebelum ini berkata, pihak Australia telah mendakwa pemberi rasuah dalam isu pembelian bangunan berkenaan tetapi mempersoalkan apa pula tindakan pihak berkuasa Malaysia dengan mereka yang disebut sebagai pegawai Malaysia yang menerima habuan tersebut?

Memetik laporan Bernama pada 2016, sayap pelaburan Mara itu terbabit dengan kontroversi berikutan pendedahan akhbar Australia, The Age, yang mendakwa ia membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli sebuah blok pangsapuri lima tingkat, Dudley International House, di Melbourne dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

Akhbar itu mendakwa ‘sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya’ telah terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok pangsapuri di bandarraya itu pada 2013, daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

Dudley International House merupakan asrama pelajar yang dibeli Mara, iaitu agensi yang menyediakan biasiswa bagi pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran diluar negara.

SPRM telah menjalankan siasatan kes berkenaan dengan beberapa individu termasuk yang bergelar Datuk pernah ditahan reman.

Berikutan pendakwaan terbaru di Australia kelmarin ke atas individu yang merasuah pegawai Malaysia, pemimpin pembangkang membuat gesaan supaya SPRM mengambil tindakan baru ke atas mereka yang menerima suapan berkenaan. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.