nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Komposisi Majlis Khas semak MA63 bakal dimuktamad

10 OGOS: Kerajaan akan memuktamadkan komposisi penubuhan Majlis Khas untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, majlis berkenaan adalah forum khusus untuk membincangkan dan memantau keseluruhan MA63 bersama kerajaan Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, perkara berkaitan penubuhan Majlis Khas itu akan dibawa ke Kabinet dalam tempoh terdekat.

Sehubungan itu, Hanifah menambah, satu jawatankuasa bersama antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak sudah ditubuhkan untuk membincangkan isu minyak dan gas serta pemberian khas.

“Perdana Menteri sudah memberi mandat kepada Menteri Kewangan dan Menteri Kanan (Kerja Raya) bagi membincangkan isu terbabit bersama kerajaan Sarawak dan Petronas bagi mencapai penyelesaian secara komersial.

“Berdasarkan makluman yang diterima, perbincangan dengan (kerajaan) Sabah akan menyusul selepas ini,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen GPS Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang meminta kerajaan menyatakan usaha untuk mewujudkan jawatankuasa khas bagi meneruskan perbincangan berhubung penyelesaian komersial dalam tuntutan hak minyak dan gas Sarawak.

Mengenai status semasa 17 daripada 21 perkara dalam Jawatankuasa Khas Kabinet MA63, Hanifah menjelaskan, agensi bertanggungjawab memerlukan tempoh antara satu hingga dua tahun untuk melaksanakan keputusan berkenaan.

Beliau membertahu, baki empat lagi perkara yang belum selesai seperti royalti minyak, mineral minyak, Akta Laut Wilayah 2012 dan Akta Pelantar Benua, akan terus dibincangkan dalam Majlis Khas yang ditubuhkan kelak.

“Majlis khas ini akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, dan turut dianggotai Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, menteri Kabinet serta wakil dari kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan berpandangan penubuhan Majlis Khas ini adalah memadai buat masa ini dan tiada keperluan untuk Jawatankuasa Parlimen ditubuhkan,” ujarnya.

Sementara itu, bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen BN Kimanis, Datuk Mohamad Alamin berhubung kesediaan kerajaan memberi komitmen dari segi perundangan terhadap pelaksanaan MA 63, Hanifah berkata, perkara itu akan dibincangkan demi kepentingan rakyat.

“Pada masa sekarang, masih dalam proses kajian, kami berbincang dengan pihak berkaitan kerana ia adalah sesuatu yang amat besar,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.