nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tanpa Tun M, Bersatu Langkawi tetap setia pada parti

11 OGOS: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Langkawi yang sebelum ini diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah terbubar walaupun kehilangan beberapa pemimpinnya kerana meletak jawatan dan terhenti keahlian baru-baru ini.

Ini berikutan sebahagian besar pimpinan Bersatu bahagian itu masih setia bersama parti dan tidak mengikut langkah Timbalan ketua Bahagian Langkawi, Shukor Bahari yang mengisytihar keluar Bersatu.

Naib Ketua Bahagian Bersatu Langkawi Hashim Md Noh berkata, Fasal 19 (19.9) perlembagaan parti memperuntukkan jawatan naib ketua bahagian akan memangku setelah ketiadaan ketua bahagian atau timbalan ketua bahagian.

Beliau turut menjelaskan Bersatu Langkawi memiliki 18 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) bersama empat lagi yang dilantik di bawah kuasa diperuntukkan kepada ketua bahagian.

“Jumlah AJK Bersatu Bahagian Langkawi ialah 22 orang termasuk empat yang dilantik untuk jawatan Setiausaha, Ketua Penerangan, Bendahari dan AJK lantikan.

“Selepas keahlian Ketua Bahagian (Tun Dr Mahathir Mohamad) terhenti dan perletakkan jawatan oleh Timbalan Ketua Bahagian (Shukor Bahari), Ketua Srikandi Azlina Mansor serta enam AJK kepimpinan, bahagian ini masih mempunyai sembilan AJK yang sah mengikut perlembagaan,” katanya dalam kenyataan media.

Turut hadir Ketua Armada, Amar Pared Mahamud, Timbalan Ketua Srikandi Rohaiza Sharif serta enam lagi AJK yang kekal dalam Bersatu Bahagian Langkawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah Mohd Firdaus Ahmad dan Adun Ayer Hangat Juhari Bulat.

Pada Ahad lalu, Shukor mengumumkan peletakan jawatannya dan keluar dari parti tersebut berkuat kuasa serta-merta selain mendakwa 22 AJK bahagian tersebut turut menyertainya.

Pada sidang media sama, Hashim turut mengumumkan pelantikan baharu jawatan Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan untuk meneruskan wadah perjuangan parti tersebut.

“Saya selaku Naib Ketua Bahagian mengikut Fasal 19 (19.9) yang diperuntukkan kuasa melantik dengan ini mengumumkan Mohd Firdaus sebagai Setiausaha, Juhari (Bendahari) dan Ahmad Nazlan Abu Hassan (Ketua Penerangan).

“Bersatu Langkawi akan turut melantik empat lagi AJK baharu menjadikan jumlah keseluruhan kekuatan kepimpinan bahagian ini seramai 16 orang,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan bersama, kepimpinan Bersatu Langkawi bertekad kekal setia bersama parti bagi meneruskan perjuangan serta kelangsungan parti kepada rakyat Langkawi,.

“Ahli jawatankuasa akan terus kekal setia dan bersama parti selagi mana berpandukan perlembagaan parti dan negara.

“Kepimpinan JawatanKuasa Bahagian Bersatu Langkawi mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang pernah menabur bakti dalam perjalanan Parti Bersatu di Langkawi.

“Semoga persaudaaraan dan ukhwah antara kita semua tidak terputus hanya disebabkan isu kerpartian yang membolehkan berlakunya perpecahan yang diciptakan oleh kita sendiri,” kata kenyataan itu. -Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.