nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Harga siling pelitup muka RM1 mulai 15 Ogos

13 OGOS: Harga siling pelitup muka akan diturunkan kepada RM1.00 seunit daripada RM1.50 di peringkat runcit manakala 95 sen di peringkat pemborong bermula 15 Ogos ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia adalah sebahagian daripada pendekatan untuk membantu rakyat, khususnya ibu bapa yang perlu membekalkan pelitup muka untuk anak-anak ke sekolah.

Selari perkembangan semasa, menurut beliau, harga semasa pelitup muka mungkin akan terus diturunkan lagi namun mengambil langkah berjaga-jaga dalam menurunkan harga maksimum pelitup muka ke paras yang lebih rendah.

“Kalau turun lagi, kita menyasarkan turun kepada harga asal balik iaitu RM0.80 sen namun kita kena tengok berdasarkan situasi dan kualiti. Kalau boleh dapat RM0.70 lagi bagus namun saya tak boleh nak berjanji dahulu.

“Kita kena ambil kira pengilang bagaimana untuk mereka mengeluarkan kepada runcit adakah bekalannya akan sentiasa ada dan berkualiti jika kita turunkan namun apa yang penting, kita bersedia untuk turunkan lagi kepada paras harga yang lebih rendah pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita dalam bilik media banguna Parlimen, hari ini.

Dalam sidang Dewan Rakyat minggu lalu, Alexander berkata, kerajaan bercadang menurunkan lagi paras harga siling pelitup muka tiga lapisan ke paras bawah RM1.20 seunit mulai 15 Ogos.

Cadangan penurunan harga maksimum pelitup muka tiga lapis dibentangkan kepada Kabinet pada 17 Julai lalu dan dipersetujui sebulat suara.

Harga pelitup muka kemudian diturunkan daripada RM1.45 seunit kepada RM1.15 seunit di peringkat pemborong dan RM1.50 seunit kepada RM1.20 di peringkat runcit, berkuat kuasa 15 Ogos ini.

Namun, Kementerian telah membuat penilaian berterusan ke atas kedudukan bekalan dan harga pelitup muka dalam pasaran dan mendapati harga maksimum boleh diturunkan lagi daripada 1.50 kepada RM 1.00 seunit bagi harga runcit.

Sementara itu, Alexander turut mengingatkan peniaga agar tidak menaikkan harga pelitup muka ini yang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 yang akan diambil tindakan undang-undang.

“Sejak 29 Januari sehingga 11 Ogos 2020, Kementerian telah menjalankan sebanyak 47,703 pemeriksaan dan pemantauan harga serta bekalan bagi pelitup muka di seluruh negara.

“Tindakan pemeriksaan tersebut berjaya menghasilkan 55 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM536,951.40 dan melibatkan jumlah kompouan sebanyak RM392,400,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.