nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Masih ramai belum mohon bantuan bayaran balik pinjaman

1 SEPT: Sebanyak 139,424 permohonan bantuan bayaran balik pembiayaan untuk individu diterima oleh institusi kewangan sepanjang tempoh 7 hingga 21 Ogos lalu.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata itu, daripada jumlah itu, sebanyak 109,172 permohonan telah mendapat kelulusan.

“Bagi pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk usahawan mikro pula, sebanyak 5,017 permohonan diterima dan 4,300 daripadanya telah mendapat kelulusan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Bantuan pembayaran balik pembiayaan merangkumi lanjutan moratorium pembiayaan selama tiga bulan bagi pelanggan individu yang kehilangan pekerjaan tahun ini dan masih belum mendapat pekerjaan.

Bantuan lain termasuk pengurangan ansuran pembiayaan yang sepadan dengan pengurangan gaji pelanggan individu yang terjejas akibat COVID-19 selama sekurang-kurangnya enam bulan, bergantung kepada jenis pembiayaan serta pembayaran faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan, pemanjangan tempoh keseluruhan pembiayaan bagi mengurangkan bayaran balik bulanan atau pelepasan lain yang bersesuaian bagi pelanggan individu dan PKS yang turut terkesan akibat COVID-19.

Mohd Shahar memberitahu, walaupun bank-bank sudah bersedia untuk memberi bantuan dan memproses permohonan orang ramai, maklum balas yang diterima masih belum seperti yang diharapkan.

“Saya bimbang sekiranya orang ramai dan PKS menunggu sehingga ke saat akhir untuk memulakan rundingan dan memohon bantuan bayaran balik pembiayaan daripada bank.

“Orang ramai dan PKS harus ingat bahawa bank- bank memerlukan masa untuk memproses permohonan bantuan bayaran balik pembiayaan yang dikemukakan.

“Secara umumnya antara satu hingga lima hari untuk pelanggan individu dan tiga hari hingga dua minggu untuk permohonan PKS,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya segera memberi maklum balas atau pergi ke bank masing-masing untuk mengesahkan pakej bantuan bayaran balik pembiayaan yang ditawarkan.

“Ini penting terutamanya bagi peminjam yang masih memerlukan bantuan pasca moratorium, untuk mengelakkan rekod kredit menjadi buruk selepas September 2020,” katanya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.