nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada bukti elemen rasuah, dakwaan Asri tak tepat

9 SEPT: Polis mendapati tiada elemen rasuah dalam kalangan anggota dan pegawainya berhubung dakwaan aktiviti perjudian dan penjualan rokok seludup di Sungai Buloh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, laporan Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mengenai isu itu juga menunjukkan tidak ada yang luar biasa berhubung aset pegawai dan anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.

Katanya, namun setelah meneliti laporan tersebut, diakui terdapat beberapa kelemahan yang mempunyai ruang untuk penambahbaikan.

“Saya telah meneliti laporan berkenaan dan mendapati berberapa perkara yang dibangkitkan dalam video pendedahan Asri Janggut yang tular di media sosial, adalah kurang tepat.

“Ini kerana pihak IPD Sungai Buloh tidak menerima sebarang ganjaran atau rasuah membaitkan kes judi di daerah itu,” katanya.

Abdul Hamid berkata demikian pada sidang media selepas majlis serah terima tugas jawatan empat pengarah jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) di Maktab PDRM Cheras hari ini.

Selain itu, Abdul Hamid berkata, dalam laporan JIPS itu juga menyatakan, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar memiliki rekod baik dan bertanggungjawab menangani isu berkenaan di daerah terlibat.

“Dari segi penguatkuasaan usaha membanteras kegiatan judi yang dilakukan oleh IPD berkenaan memang dijalankan dengan giatnya.

“Siasatan JIPS secara menyeluruh dan saya melihat daripada latar belakang kekayaan yang dimiliki pegawai dan anggota polis di daerah itu, tidak ada yang luar biasa yang menunjukkan mereka ini menerima rasuah,” katanya.

Abdul Hamid berkata, adalah tidak benar sama sekali jika dikatakan seluruh warga IPD Sungai Buloh terlibat rasuah dan sebagainya.

“Saya masih menaruh keyakinan terhadap mereka (warga IPD Sungai Buloh) dan saya hendak memulihkan semangat mereka selepas dikecam di media sosial. Mereka ini bekerja dengan ikhlas dan jujur,” katanya.

Pada Ogos, tular video di media sosial menerusi Facebook Hot Burger Malaysia yang dikongsikan pemilik akaun Facebook Asri Janggut, membangkitkan isu kegiatan perjudian di beberapa unit kedai dan penjualan rokok seludup berleluasa di Sungai Buloh.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.