nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

2 kluster Sabah kes positif bertambah

26 SEPT: Dua daripada empat kluster COVID-19 aktif di Sabah terus mencatatkan peningkatan kes baharu, dengan Kluster Benteng Lahad Datu (LD) merekodkan kes tertinggi iaitu 33 kes, daripada keseluruhan 82 kes baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini menjadikan jumlah kes positif bagi kluster itu meningkat kepada 776 kes, dengan sejumlah 10,775 individu disaring dalam tempoh 24 jam lalu.

Memperinicikan kluster berkenaan, beliau berkata, sejumlah 2,574 individu disaring di Lahad Datu, 8,195 di Tawau dan satu kes disaring serta didapati positif di Sandakan.

“Bagi Lahad Datu, 164 kes dikesan positif dengan dua kes baharu, 1,901 individu negatif dan 509 individu menunggu keputusan.

“Di Tawau, daripada jumlah 8,195 individu disaring, 609 kes dikesan positif dengan 33 kes baharu, 6,136 individu negatif dan 1,450 individu menunggu keputusan.

“Daripada jumlah 776 kes positif, 439 adalah dalam kalangan warga Malaysia, manakala 337 bukan warganegara membabitkan warganegara Filipina (214 kes), Indonesia (122 kes) dan
Timor-Leste (1 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memberitahu bagi Kluster Pulau, terdapat 25 kes baharu yang dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif kluster itu kepada 159 kes dengan sejumlah 351 individu disaring, setakat hari ini.

“37 individu dikesan negatif COVID-19 dan155 individu masih menunggu keputusan.

“Daripada jumlah 159 kes positif COVID-19, 114 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 45 adalah warganegara Filipina.

“Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Tambahnya, saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif bagi keempat-empat kluster itu masih diteruskan. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.