nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPT sasar 20,000 graduan dapat manfaat KPT-CAP

28 SEPT: Kementerian Penganjian Tinggi (KPT) menyasarkan kira-kira 20,000 graduan akan mendapat manfaat Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) – Program Kemajuan Kerjaya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT-CAP) yang akan dimulakan pada 16 Oktober ini.

Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata program yang dilaksanakan di bawah KPT-CAP itu merupakan komitmen kementerian dalam menzahirkan graduan yang komited dan berkualiti serta mampu berdaya saing di semua peringkat.

Menurut beliau, melalui pelaksanaan ini, kebolehpasaran graduan dapat ditingkatkan di samping menyumbang kepada pemerkasaan negara.

“Kita juga maklum bahawa graduan yang mahir merupakan tunjang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara untuk jangka masa panjang.

“Sehingga hari ini sahaja, sebanyak 140 program telah disusun melibatkan sinergi dengan tidak kurang daripada 100 buah syarikat.

“Terima kasih diucapkan kepada syarikat yang mengambil bahagian. Saya mengharapkan lebih banyak syarikat untuk turut serta dalam program ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelan KPT-CAP di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, hari ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Turut hadir sama, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.

Dalam pada itu, Noraini memberitahu pihaknya mengunjurkan 25 peratus atau 75,000 bakal graduan yang mungkin terjejas dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian.

Tambahnya, perkara ini dilaksanakan pihak kementerian disebabkan jangkaan seramai 300,000 graduan bakal menamatkan pengajian pada tahun ini.

“Justeru, berdasarkan 41,162 graduan yang belum bekerja pada tahun 2019 serta unjuran 75,000 bagi tahun semasa.

“Maka dianggarkan seramai 116,161 graduan yang perlu diberi perhatian untuk ditingkatkan lagi kebolehpasaran mereka,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.