nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPT cadang IPT tangguh kemasukan pelajar baharu

2 OKT: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangkan agar semua institusi pendidikan tinggi (IPT) menangguhkan urusan kemasukan pelajar baharu secara bersemuka di kampus.

KPT menerusi kenyataannya memberitahu semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara dalam talian begitu juga dari aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat.

Menurut KPT, keputusan menangguhkan pendaftaran secara fizikal dan bersemuka pelajar-pelajar yang terlibat perlu dibuat bagi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.

“Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing. Pihak IPT diminta membantu segala keperluan yang diperlukan oleh kumpulan pelajar ini.

“Sebarang pertanyaan berkaitan pergerakan balik ke kampus serta sesi pengajaran dan pembelajaran boleh dirujuk terus kepada IPT masing-masing.

“KPT juga mencadangkan kepada semua IPT (Institut Pengajian Tinggi) supaya menangguhkan semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus,” jelas kementerian itu.

KPT juga telah mengambil langkah proaktif melakukan rundingan bersama syarikat-syarikat penerbangan bagi memohon mempertimbangkan penjadualan semula penerbangan pelajar-pelajar pulang ke kampus.

KPT memberitahu, rundingan ini juga dilakukan khususnya buat pelajar yang telah membeli tiket penerbangan pulang ke IPT masing-masing.

“Hasil rundingan tersebut, syarikat-syarikat penerbangan telah bersetuju untuk menjadualkan semula penerbangan pelajar sehingga 31 Disember 2020.

“Keprihatinan dan kepekaan daripada semua pihak dalam menjaga hal ehwal kebajikan dan kesejahteraan pelajar dan masyarakat amat diperlukan dalam menghadapi situasi semasa berkaitan pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Tambahnya, KPT sentiasa prihatin dengan pandangan pelbagai pihak serta kebimbangan yang disuarakan oleh pelajar, ibu bapa dan masyarakat dengan peningkatan kes COVID-19 yang berlaku hanya selang beberapa hari sahaja dari tarikh kemasukan pelajar baharu ke universiti.

“KPT turut prihatin mengenai kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar, staf universiti dan semua pihak yang terlibat,” jelas KPT. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.