nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tak perlu PKP seluruh negara

9 OKT: Tiada keperluan bagi kerajaan untuk menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh walaupun segelintir rakyat mendesak langkah itu diambil bagi mengekang penularan COVID-19 yang kembali meningkat kebelakangan ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa ini, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih lagi berkuat kuasa.

Beliau berpandangan, mungkin ramai pihak terlupa prosedur operasi standard (SOP) sedia ada telah lengkap untuk setiap aktiviti yang dilakukan oleh rakyat Malaysia termasuk majlis perkahwinan.

ismail sabri
ISMAIL SABRI YAAKOB

“Cuma kita boleh mengubahnya dalam keadaan tertentu seperti tadi kita ada tambah, pengawasan oleh Rela.

“Kita akan lihat dari satu kes ke satu kes berdasarkan kes tertentu untuk kita perketatkan atau tidak,” katanya dalam sidang media secara langsung melalui Facebook, hari ini.

Ismail Sabri menambah, apabila kes meningkat di satu kawasan tertentu, kerajaan akan menukar PKPP kepada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersyarat (PKPDB) di situ.

Namun, beliau memberitahu, apabila kes meningkat secara mendadak, kerajaan akan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti yang dilaksanakan di enam lokaliti di Semporna dan satu lokaliti di Kunak.

Mengulas tentang kebimbangan orang ramai tentang keselamatan di sekolah dalam situasi COVID-19 yang masih belum reda, Ismail Sabri menjelaskan, Kementerian Pendidikan diberi kuasa membuat keputusan tentang tindakan selanjutnya selepas berbincang dengan Kementerian Kesihatan.

“Kementerian Pendidikan akan mengumumkan sesuatu berkenaan sekolah sebab kita tahu, berbagai-bagai pandangan daripada rakyat tentang sekolah ini,” ujarnya.

Beliau turut mengumumkan pelaksanaan PKPD di Semporna dan Kunak yang melibatkan seramai 35,643 penduduk berkuat kuasa mulai 11 Oktober sehingga 24 Oktober 2020.

Menurut Ismail Sabri, enam lokaliti terlibat di Semporna ialah Kampung Bangau-Bangau, Kampung Panji, Kampung Air, Kampung Selamat, Kampung Simunul dan Kampung Pinggir Bakau manakala di Kunak melibatkan satu lokaliti iaitu Kampung Pangkalan,

Dengan pelaksanaan perintah itu, semua penduduk dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan antaranya:

• Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar daripada rumah masing-masing.
• Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
• Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada PDRM
• Semua sekolah, masjid dan rumah ibadat lain ditutup sepanjang tempoh ini.
• Semua sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi.
• Aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan.
• Kementerian Kesihatan akan melakukan saringan secara bersasar kepada semua penduduk yang terlibat.
• Bekalan keperluan makanan akan diagihkan oleh Kerajaan negeri yang akan dikoordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.

Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), pihak berkuasa tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat.

Berhubung PKPD Penjara Pokok Sena, Ismail Sabri berkata, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan terdapat peningkatan kes positif COVID-19 yang melibatkan kakitangan penjara dan keluarga, anggota polis dan petugas kesihatan di Penjara Pokok Sena, Kedah.

“Setelah berbincang dengan kerajaan negeri kedah, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan PKPD di kawasan Penjara Pokok Sena termasuk kuarters kakitangan selama 14 hari berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam, 11 Oktober 2020 sehingga 24 Oktober 2020.

“Jumlah penghuni yang terlibat adalah seramai 3,262 tahanan dan 587 kakitangan,” jelasnya.

Beliau menegaskan, sepanjang tempoh itu juga, sebarang pergerakan keluar masuk melibatkan kawasan ini termasuk lawatan oleh keluarga tahanan adalah tidak dibenarkan.

“Semua SOP yang digunakan adalah sama seperti di penjara lain yang telah ditetapkan,” katanya.

Selain itu, PKPD turut dilanjutkan di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan mulai 10 Oktober hingga 25 Oktober manakala di PKPDB dilanjutkan di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu mulai 13 Oktober hingga 26 Oktober.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri memberitahu, kerajaan bersetuju membenarkan majlis perkahwinan diteruskan dengan menepati setiap SOP yang telah diperkenalkan dan penambahan syarat baharu.

“Bagi penganjuran majlis perkahwinan di kampung atau taman perumahan ia perlu dilakukan dengan pengawasan anggota Rela dan jika diadakan di hotel ia perlu dengan pengawasan daripada pihak pengurusan hotel.

“Bagi penganjuran majlis yang kurang daripada 100 jemputan (dua anggota Rela), 100 hingga 300 jemputan ( 3 anggota Rela), 300 hingga 500 jemputan (4 anggota Rela) dan bagi yang melebihi 500 jemputan akan ditetapkan oleh Rela mengikut jumlah kehadiran dan ruang kawasan majlis,” ujarnya.

Bagi jemputan dari luar kawasan PKPDB, mereka perlu menunjukkan kad jemputan majlis perkahwinan ketika melalui sekatan jalan raya yang diadakan. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.