nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPB, DAP dan Rara, apa yang boleh dipelajari?

MEMUTUSKAN penularan rantaian wabak Covid-19 tidak lain tidak bukan adalah dengan menghentikan pergerakan manusia.

Namun untuk menyeimbangkan antara keperluan ekonomi dan kesihatan, kelonggaran masih diberikan untuk keadaan tertentu.

Sebab itu, pendekatan lockdown di Malaysia bersifat keperluan semasa dari hampir sepenuhnya kepada separa atau minimum – bergantung kepada naik turun kes.

Walaupun ada yang mengkritik langkah ini termasuk pada perbahasan di Parlimen, namun lihatlah negara Eropah juga mengetatkan pergerakan rakyatnya apabila kes baru kembali meningkat.

Ketika ini, hampir seluruh Malaysia berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana lonjakan kes sejak akhir September lalu.

Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan pergerakan manusia seboleh mungkin selain meminta rakyat kekal mematuhi SOP pada sepanjang masa apabila mereka perlu berada di luar rumah.

“Dalam tempoh PKPB ini, duduk sahaja di rumah jika tiada urusan penting di luar untuk kita putuskan rantaian Covid-19,” rayu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada setiap rakyat Malaysia saban hari.

Sebab itu, ramai netizen yang ‘bengang; apabila seorang ADUN DAP memuat naik gambar berkelah sempena hari lahir di sebuah pantai resort peranginan di Sepang semalam.

Bukan kerana tak diajak bersama menyertai perkelahan itu, tetapi rasa penuh ralat kerana rakyat siang malam diajak mematuhi SOP PKPB yang antaranya tidak dibenarkan merentas daerah.

Malah makan di restoran juga terhad kepada dua orang satu meja. Tiada lagi lepak-lepak macam sebelum kemunculan Covid-19.

Alih-alih boleh pula seseorang bertaraf wakil rakyat membuat aktiviti sosial secara berkumpulan, bahkan gambar yang tular itu tiada pula memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Netizen pastinya berhak rasa marah hinggakan mereka ‘korek’ balik tweet Young Shefura Othman ketika panas isu SOP melibatkan seorang menteri.

Bila terjadi hal sebegini, ramai mengakui sekurang-kurangnya isu yang melingkari Datuk Dr Khairudin Aman Razali adalah berkaitan ketika beliau menjalankan tugas rasminya sebagai menteri.

Namun ini berbeza dengan ADUN Ketari itu. Tak hairanlah ada pengguna Twitter mengingatkan bagaimana pemimpin-pemimpin DAP jarang konsisten dengan pendirian mereka.

Mengata lawan memang mereka juara sama seperti dalam isu integriti seolah DAP parti suci walhal bila berkuasa, mereka juga berdepan pertuduhan mahkamah.

Sama seperti kes YB Rara yang sebelum ini ‘membahan’ Khairuddin termasuk hantarannya memperli Ahli Parlimen Kuala Nerus itu mengenai pelitup muka.

Cuma apa berlaku ini mengingatkan pada satu babak filem Pendekar Bujang Lapok di mana P Ramlee menunjukkan perihal masyarakat yang suka ‘membahan’ orang atas kesilapan mereka.

Babak di mana Pak Abu sakan gelakkan Ramlee dan rakan-rakannya kerana tidak mengenal huruf.

Sedangkan Pak Abu juga sama seperti tiga sekawan itu, sama-sama buta huruf dan akhirnya dia dibahan balik apabila kelemahannya terdedah.

Ingatlah, jangan sampai telunjuk lurus kelingking berkait atau kata orang putih, “The Pot Calling The Kettle Black”.-Oleh M. HERMAN HAMID

Get real time updates directly on you device, subscribe now.