nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Peruntukan lebih besar atasi sekolah daif Sarawak

17 NOV: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diharap dapat memberikan peruntukan yang lebih besar menerusi Belanajwan 2021 bagi menyelesaikan permasalahan isu sekolah daif di negeri Sarawak demi memastikan projek baik pulih dapat dilaksanakan dengan segera.

Ahli Parlimen GPS Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, Sarawak masih ada 587 buah sekolah daif untuk dibina semula atau dinaik taraf manakala 433 buah sekolah daif telah dibaik pulih.

Ahmad Johnie Zawawi

Menurut beliau, perkara ini turut menjadi kebimbangan beliau yang melihat trend peruntukan daripada kerajaan Persekutuan tidak ditambah setiap kali Belanjawan dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Misalnya 2019 Sarawak hanya dapat RM100 juta peruntukan sekolah daif yang hanya dapat digunakan kepada 32 buah sekolah sahaja. Pada 2020, Sarawak tak terima apa apa peruntukan dan bagi Belanjawan 2021 kali ini sebanyak RM725 juta diperuntukan bagi naik taraf infrastruktur 50 buah sekolah.

“Mujurlah tahun 2020, di bawah keprihatinan Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg (Ketua Menteri Sarawak) yang peka nasib pelajar di luar bandar telah menawarkan RM1 billion iaitu kontra bayaran balik pinjaman untuk mempercepatkan sekolah daif. Dengan peruntukan RM1 bilion ini lebih kurang 133 sekolah daif dapat dilaksanakan.

“Secara purata setiap tahun selama manakah 587 sekolah di negeri Sarawak dapat diatasi. Pada perhitungan saya, ia akan mengambil masa lima tahun, itu pun jika mendapat peruntukan RM1 bilion. Kalau mendapat RM250 juta, maka sekolah daif ini akan dapat diselesaikan selaam tempoh 16 tahun.

“Ini satu tempoh terlalu lama dan perlu ditekankan di sini, pendidikan dalam tanggungjawab kerajaan persekutuan,” atanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau turut mengharapkan agar segala kemudahan seperti dewan makan, kuarters guru, asrama dan lain-lain kelengkapan yang diperlukan turut dibina ketika sekolah-sekolah daif ini dibina dan dibaik pulih.

Dalam pada itu, Ahmad Johnie turut mengharapkan agar dana khas disediakan oleh kerajaan bagi menyegerakan kemudahan komunikasi dan capaian internet di luar bandar khsususnya di negeri Sarawak.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah melakukan pelabagai inisiatif dalam mempertingkatkan penyediaan komunikasi dan capaian internet di luar bandar namun sokongan daripada kerajaan Persekutuan amat diperlukan bagi memastikan liputan menyeluruh dapat dicapai oleh rakyat khsusnya buat pelajar sekolah yang terkesan untuk mendapat pembelajaran yang kini dilaksanakan menerusi dalam talian.

“Pengajaran dan pembelajaran (PdP) hendaklah dilaksanakan secara dalam talian, ini memerlukan capaian internet, teknologi maklumat komunikasi serta keperluan komputer riba atau komputer peribadi di setiap rumah.

“Bagi penduduk bandar, bukan masalah utama namun bagi penduduk di luar bandar Sabah dan Sarawak, capaian internet perlu diberi perhatian serius.

“Begitu juga keperluan komputer riba yang menjadi masalah buat penduduk di luar bandar yang tidak dapat mengikut pendidikan menerusi talian yang pada masa sama ramai ibu bapa luar bandar tiada kemampuan memberi perkakasan buat anak-anak. Justeru itu, dana khas perlu disediakan bagi mempercepatkan komunikasi dan capaian internet luar badnar,”katanya. -Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.