nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM tersentuh sokongan ahli-ahli Parlimen

26 NOV: Kelulusan Belanjawan 2021 membuktikan kematangan Ahli Parlimen dalam membuat keputusan penting dengan meletakkan kebajikan, keselamatan nyawa dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan mendahului perkara-perkara lain.

Berikutan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua ahli Parlimen terutama Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang telah menyokong Belanjawan 2021 sehingga diluluskan di peringkat dasar.

“Sokongan ini membuktikan kematangan Ahli-ahli Parlimen dalam membuat keputusan penting dengan meletakkan kebajikan, keselamatan nyawa dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan mendahului perkara-perkara lain.

“Belanjawan 2021 adalah belanjawan terbesar dan sangat penting kepada negara dan sokongan ini membolehkan kerajaan melaksanakan segala perancangan perbelanjaan untuk tahun hadapan dengan teratur dan lancar.

“Ini membuktikan Kerajaan PN amat prihatin mendengar keluh-kesah rakyat dan amat responsif terhadap pandangan pelbagai pihak dalam membantu rakyat memulih serta menjana semula ekonomi negara yang terkesan teruk akibat pandemik Covid19,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Terdahulu, media melaporkan Belanjawan 2021 lulus pada peringkat dasar selepas lebih suara yang bersetuju menyokong bajet tersebut apabila selesai Menteri Kewangan Datuk Tengku Zafrul Abdul Aziz menggulung perbahasan.

Walaupun, Ahli Parlimen Amanah Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar meminta sesi belah bahagi atau pengundian tetapi hanya 13 sahaja ahli parlimen bangun berbanding syarat mesti 15 orang bangun bagi menyokong cadangan tersebut

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata beliau berasa tersentuh dengan pendirian Ahli Parlimen yang menyokong belanjawan 2021, sekali gus membuktikan mereka menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu ahli-ahli politik mengetepikan sementara politiking bagi membolehkan belanjawan ini diluluskan tanpa gangguan lebih-lebih lagi dalam keadaan negara sedang bergelut dengan ancaman Covid-19.

Muhyiddin berkata beliau juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan yang telah bertungkus-lumus menyiapkan penggulungan Belanjawan 2021 dengan beberapa penambahbaikan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Penambahbaikan ini telah mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak termasuk ahli-ahli Parlimen yang mengambil bahagian ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 ini dijalankan.

“Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan PN adalah sebuah kerajaan yang sentiasa bersikap terbuka dalam menerima sebarang pandangan, teguran dan kritikan. Semoga Belanjawan 2021 ini akan menjadi pemangkin kepada usaha untuk mensejahterakan kehidupan rakyat dan negara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.