nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

DPN jamin kelangsungan industri pelancongan

23 DIS: Kerajaan hari ini melancarkan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 bagi menjamin kelangsungan industri pelancongan dan menjadikan Malaysia kembali menjadi destinasi utama pelancong di peringkat global.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedar bahawa negara memerlukan hala tuju yang dinamik dan strategik dalam memulihkan semula industri pelancongan negara.

Beliau juga yakin pelancaran DPN 2020-2030 yang digagaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mampu menjamin kelangsungan industri pelancongan negara serta menjadikan Malaysia kembali sebagai destinasi pelancongan terpilih di peringkat global.

Menurut Muhyiddin, matlamat berkenaan akan dicapai melalui pendekatan utama yang merangkumi pengukuhan paya saing, pembangunan sektor pelancongan secara lestari dan inklusif, serta kesedian mengharungi bencara pada masa akan datang.

“Dasar ini akan dilaksanakan menerusi enam teras strategik utama iaitu transformasi tadbir urus, mewujudkan zon pelaburan pelancongan yang inklusif, mempergiatkan digitalisasi pelancongan, memperkayakan pengalaman dan kepuasan pelancong, memperkukuhkan komitmen terhadap pelancongan lestari dan meningkatkan kapasiti modal insan dalam semua subsektor pelancongan.

“Sehubungan itu, pembangunan industri pelancongan yang berasaskan teknologi digital adalah penting bagi memastikan objektif dasar ini dapat dicapai.

“Tambahan pula, kemajuan teknologi juga dapat mengukuhkan jaringan antara industri serta membuka jalan bagi sub-sektor inovatif baharu dalam industri pelancongan yang akan mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan,” katanya ketika berucap melancarkan DPN 2020-2030 secara maya menerusi laman Facebook rasmi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), sebentar tadi.

Muhyiddin menambah melalui DPN, Malaysia akan mewujudkan zon pelaburan untuk projek pelancongan atau Special Tourism Investment Zones bagi meningkatkan kerjasama awam-swasta serta menarik lebih ramai pelabur tempatan dan antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, adalah penting untuk negara mengimbangi pembangunan serta pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah negara termasuk alam sekitar, budaya dan warisan.

“Matlamat kita adalah untuk menjenamakan Malaysia sebagai ‘Top of The Mind Ecotourism Destination of the World’. Saya juga yakin kelestarian sumber boleh memacu pertumbuhan ekonomi baharu di samping mewujudkan peluang pekerjaan.

“Selain menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan pembangunan produk pelancongan sentiasa mampan, berdaya saing dan inklusif seperti yang dinyatakan dalam DPN.

“Usaha ini juga adalah selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Agenda 2030 dan 17 Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations,” katanya.

Muhyiddin berharap agar usaha MOTAC melaksanakan keenam-enam strategi yang terkandung dalam dasar ini akan mendapat sokongan padu dan kerjasama penuh daripada semua pihak terutamanya penggiat industri, badan bukan kerajaan, pihak swasta dan pemegang taruh berkaitan.

Sehubungan itu, beliau berkata pelancaran DPN penting kerana industri pelancongan merupakan antara penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Pada tahun 2019, industri pelancongan telah merekodkan sumbangan 15.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dengan nilai RM240.2 bilion.

Manakala, guna tenaga dalam industri pelancongan mencatatkan 3.6 juta orang yang menyumbang 23.6 peratus kepada keseluruhan guna tenaga. Ini bermakna bagi setiap empat pekerjaan di Malaysia, satu daripadanya adalah berkaitan dengan industri pelancongan.

“Di samping itu, bagi tahun 2019 juga, perbelanjaan pelancong asing telah meningkat sebanyak 2.4 peratus kepada RM86.1 billion dengan ketibaan pelancong sebanyak 26.1 juta orang. Manakala, perbelanjaan pelancongan domestik pula telah menyumbang sebanyak RM103.2 billion, iaitu peningkatan sebanyak 11.5 peratus.

“Atas kejayaan ini dan rekod perkembangan positif dari setahun ke setahun yang memberangsangkan, Kerajaan seterusnya komited untuk melakar satu lagi sejarah dalam industri pelancongan negara apabila kita telah merancang untuk melancarkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 pada awal tahun ini.

“Bagaimanapun, kita hanya mampu merancang, Allah SWT jualah penentu segala-galanya. Ternyata, kita amat terkesan dengan penularan wabak COVID-19 pada tahun ini dan aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan industri pelancongan, seperti penginapan, pengangkutan, membeli-belah, makanan dan minuman, dan penganjuran acara-acara terpaksa berhadapan dengan saat-saat yang paling menyulitkan,” jelasnya.

Muhyiddin turut dimaklumkan bahawa jumlah anggaran kerugian industri pelancongan negara pada tahun ini adalah melebihi RM100 billion.

“Namun begitu, saya percaya bahawa di sebalik usaha menamatkan wabak COVID-19 ini, peluang masih terbuka untuk kita memperbaiki kelemahan yang ada melalui peningkatan kualiti perkhidmatan serta mutu penyampaian kita.

“Usaha mengoptimumkan penggunaan teknologi yang canggih dan fleksibel seperti penggunaan konferensi video dan transaksi tanpa sentuhan membolehkan kita membudayakan norma baharu tanpa menjejaskan potensi industri pelancongan,” katanya.

Beliau percaya, pada peringkat awal ini, industri pelancongan negara boleh dijana semula dengan merancakkan aktiviti pelancongan domestik, sementara sempadan masih ditutup dan mengembalikan keyakinan rakyat untuk melancong di dalam negara. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.