nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan buat rakyat muak dengan cara politik UMNO

11 JAN : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pemimpin UMNO perlu berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan rakyat muak dan bosan dengan episod perbalahan politik yang tidak berkesudahan.

Menurut beliau, rakyat sebenarnya lebih suka melihat UMNO bekerjasama dengan parti politik yang lain dalam mentadbir urusan negara.

“Ketika rakyat sedang muak dengan keadaan politik semasa, pemimpin UMNO pula mempertikai sesama sendiri. Hentikanlah kenyataan yang suka mempertikaikan sesama sendiri, sebaliknya tumpu kepada agenda membantu rakyat terutama dalam keadaan yang tidak menentu pada waktu ini seperti musibah banjir serta penularan COVID-19.

“Keadaan yang berlaku dalam UMNO ketika ini hanya menimbulkan kebencian kepada masyarakat yang dilihat sudah bosan dengan tindakan UMNO yang masih berterusan berpolitik.

“Rakyat sebenarnya mahu lihat kita mampu menyatupadukan UMNO itu sendiri dengan bekerjasama bersama parti lain seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan sebagainya,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di kediaman beliau di Jejawi, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemimpin UMNO supaya berhenti mengeluarkan kenyataan mempertikaikan anggota parti berkenaan sesama sendiri sehingga mencetuskan masalah dalaman parti.

“Tidak ada gunanya kita sebagai pemimpin mengeluarkan kenyataan ‘membaham’ sesama sendiri, sebaliknya lebih baik kita teruskan usaha menyelesaikan masalah rakyat.

“Rakyat tidak mahu tahu mengenai politik semasa kita, sebaliknya mereka lebih mahu tahu tentang mengetahui perkembangan seperti moratorium, pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), peluang pekerjaan, masalah pendapatan berkurangan dan suntikan vaksin yang menjadi isu utama negara hari ini.

“Banyak perkara boleh diselesaikan melalui perundingan dengan Perdana Menteri daripada terus menerus ‘bising’ sehingga menimbulkan kesangsian dalam kalangan rakyat,”tegasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.