nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPPK peruntuk RM300,000 bantu mangsa banjir

15 JAN: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memperuntukkan sebanyak RM300,000 untuk bantuan kepada mangsa banjir besar kali ini yang sebahagian besarnya melibatkan petani dan pekebun kecil getah serta sawit.

Sumbangan itu turut merangkumi agensi-agensi di bawah KPPK termasuk Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC), Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Majlis Getah Malaysia (MRC), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA).

Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sebanyak empat misi sudah disempurnakan sebelum ini iaitu di Raub, Chenor, Kemaman di Terengganu dan Kluang di Johor sepanjang minggu lalu.

“Misi kemanusiaan KPPK ini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha kementerian membantu rakyat yang ketika ini ditimpa musibah di negeri-negeri yang terjejas.

“Kementerian turut merancang untuk melancarkan misi bantuan pasca banjir apabila semua mangsa banjir dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing sebaik sahaja dibenarkan oleh pihak berkuasa.

“Marilah sama-sama kita berdoa supaya Allah SWT segera mengakhirkan segala musibah dan bencana yang sedang dihadapi oleh negara kita termasuk pandemik COVID-19 agar segala perancangan untuk meningkatkan dan memajukan ekonomi demi kesejahteraan rakya dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Berhubung Misi Bantuan Prihatin Mangsa Banjir yangd diketuai Mohd Khairuddin di Kampung Mempateh, Lanchang di Temerloh hari ini, sebanyak 230 unit tilam termasuk yang berasaskan kenaf bernilai hampir RM40,000 selain barangan keperluan lain kepada 230 keluarga yang terjejas.

Tilam kenaf berkenaan adalah sumbangan LKTN dalam usaha mempromosikan barangan kenaf sebagai salah satu produk komoditi yang mempunyai masa hadapan yang baik.

Kesemua sumbangan disampaikan oleh Mohd Khairuddin pada majlis ringkas di PASTI Darul Ansar, Lanchang.

Yang turut hadir sama, Ketua Pengarah LKTN, Idris Mohd Salleh dan wakil Pegawai Daerah Temerloh.

Berdasarkan Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), data sehingga jam 5 petang hari ini menunjukkan, sebanyak 117 keluarga dengan 392 mangsa masih berada di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Temerloh.

Sebanyak 1,775 keluarga dan 6,148 mangsa banjir dicatatkan di seluruh Pahang setakat petang tadi. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.