nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sasaran KDNK Malaysia kekal 6.5 – 7.5 peratus

22 JAN: Sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal antara 6.5 peratus dan 7.5 peratus bagi tahun ini walaupun Proklamasi Darurat dan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).

Unjuran itu dinyatakan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam wawancara bersama Bloomberg hari ini.

“Masih awal lagi dan kita masih di suku pertama tahun ini. Jadi kita kekalkan (buat masa sekarang) tetapi unjuran kita berisiko memandangkan (apa yang berlaku) semasa PKP 2.0.

“Ia (KDNK) dijangkakan pada paras lebih rendah dalam julat unjuran kami,” katanya.

Beliau menambah, dasar yang stabil dan kekal penting dalam membendung pandemik COVID-19 dan membolehkan negara berada di landasan pemulihan ekonomi.

Tengku Zafrul memberitahu, kerajaan komited menyokong perniagaan dan juga rakyat dan bersedia menggunakan lebih banyak sumber bagi memerangi virus yang meragut nyawa ini sekiranya diperlukan.

“Impak (kerugian ke atas ekonomi) sehari semasa PKP sebelum ini adalah kira-kira RM2.4 bilion, tetapi kali ini (PKP 2.0) ia sekitar RM700 juta sehari.

“Selain itu, kita juga mula melaksanakan pelbagai pakej rangsangan yang masih berterusan, dan Belanjawan 2021 yang diluluskan baru-baru ini serta pakej bantuan terkini (Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau PERMAI) akan membantu mengurangkan impak ke atas ekonomi,” jelasnya.

Apabila ditanya sama ada akan ada kemungkinan langkah untuk meningkatkan had hutang negara, Tengku Zafrul berkata kerajaan tidak ada rancangan untuk menaikkannya kerana buat masa ini situasinya masih terlalu awal untuk membuat sebarang semakan semula.

“Jika kita melihat di mana tahap hutang hari ini, kita akan terus mengunjurkan paras hutang kita akan berada di bawah had hutang 60 peratus yang kita tetapkan sebelum ini.

“Dari segi pakej rangsangan PERMAI yang kerajaan umumkan bagi tahun ini, suntikan fiskal adalah kira-kira RM15 bilion, yang mana kebanyakan wang adalah daripada peruntukan di bawah Belanjawan 2921,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.