nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PdPR: GLC, MNC patut bantu keluarga kurang mampu

25 JAN: Isu pengajaran dan pembelajaran di rumah telah mencetuskan satu fenomena nasional disebabkan ketidaksamarataan akses internet, kekurangan peranti teknologi untuk murid dan guru serta membebankan ibu bapa terutama mereka di bawah kelompok B40 dan M40 yang telah kehilangan pekerjaan serta terjejas punca pendapatan sejak penularan pandemik COVID-19.

Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menggesa syarikat milik kerajaan (GLC), syarikat multi nasional (MNC), badan-badan yayasan dan seluruh wakil rakyat menunjukkan solidariti dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat terutama menyelesaikan isu komunikasi internet serta permasalahan PdPR yang terkesan kepada sekolah-sekolah di seluruh negara.

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris menegaskan GLC dan MNC berkaitan telekomunikasi perlu menunjukkan sikap solidariti dengan memberi pakej internet dan telefon pintar dengan harga patut serta kepenggunaan yang disesuaikan dengan PdPR dan pemberian data tanpa had bagi sistem capaian internet.

RAZALI IDRIS
RAZALI IDRIS

“Pada waktu sama, kewujudan lambakan badan-badan yayasan dalam negara ini serta seluruh wakil rakyat perlu berketrampilan membantu kumpulan bersasar ini yang mendepani permasalahan PdPR dan isu yang sangat serius dalam capaian internet.

“Sepatutnya syarikat gergasi dan pertubuhan yang besar seperti GLC, MNC dan badan-badan yayasan tampil secara lebih proaktif dan bukannya responsif dalam amalan tanggungjawab sosial korporat (CSR),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Razali memberitahu Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu menyegerakan pembinaan menara telekomunikasi termasuk melipatgandakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) .

“Serta hendaklah memobilisasikan logistik dan kenderaan pembekalan internet ke kawasan capaian internet yang ketidaksamarataan ini agar dapat membekalkan akses internet berkelajuan tinggi dan mampu milik dapat dinikmati rakyat,” katanya.

Tambah beliau, Kementerian Pendidikan juga digesa menyegerakan senarai atau data dalam mengenal pasti pelajar yang tiada peranti teknologi menerusi pangkalan data sekolah dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

“Dalam tempoh hampir seminggu ini, sepatutnya jabatan pendidikan daerah dan pendidikan negeri sudah mencapai solusi mengatasi permasalahan PdPR dalam kalangan pelajar dan guru.

“Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara juga telah berjumpa dan berbincang dengan beberapa PIBG dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berteraskan pendidikan bagi mengenal pasti solusi terbaik dalam isu PdPR, capaian internet dan kepenggunaan peranti teknologi,” katanya.

Sementara itu, Razali difahamkan, dapatan Kajian Kesediaan Murid dalam Pembelajaran Secara dalam Talian Kementerian Pendidikan telah mendapati lebih 30 peratus atau membabitkan kira-kira 280,000 pelajar tidak mempunyai peranti bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Menurut beliau, daripada jumlah dapatan kajian itu pada pertengahan 2020, 6.0 peratus pelajar memiliki komputer peribadi, 9.3 peratus pelajar memiliki komputer riba, 5.8 peratus pelajar memiliki tablet dan 46.5 peratus pelajar memiliki telefon pintar.

“Dalam hal ini, kerajaan harus dipuji kerana telah melaksanakan pelbagai usaha yang hebat menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) serta Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI).

“Namun, semua pihak perlu menunjukkan solidariti atau kebersamaan dalam membantu memulihkan kesejahteraan rakyat secara tuntas di samp8ng usaha-usaha murni ini perlu dipuji juga kepada industri telekomunikasi yang akan dapat meringankan beban rakyat.

Razali turut berkata satu usaha melipat gandakan penggunaan teknologi dan merapatkan jurang digital antara segenap lapisan masyarakat perlu dilakukan dengan segera dan jika tidak, kesan jangka panjang akan meluaskan jurang ketidaksamaan dan menyebabkan lebih ramai anak tercicir.

Tambah beliau, tahap capaian internet dalam negara serta sistem pendidikan negara perlu diperkasakan atau dirombak semula menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan menjadikan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa serta memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

“Secara keseluruhannya, cabaran PdPR dalam pendidikan negara perlu ditangani sebaiknya kerana ia boleh mempengaruhi prospek hidup dan mobiliti sosial jangka masa panjang. Kehilangan punca pendapatan keluarga boleh meningkatkan kadar keciciran pelajar sekolah.

“Tekanan ekonomi berpanjangan juga boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan fizikal dan mental anak sama melalui pengaruh kesihatan mental ibu bapa. Kesan krisis juga boleh dirasai pelajar selepas keadaan kembali pulih,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.