nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JHEV salur RM151,000 bantu ahli terjejas banjir

26 JAN : Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebanyak RM151,000  telah diperuntukkan bagi membantu 303 veteran ATM di beberapa negeri yang dikenal pasti terjejas akibat bencana banjir.

Kata JHEV, sumbangan termasuk wang tunai RM500 yang diberikan kepada setiap ahli  akan diserahkan menerusi Program Cakna Veteran ATM yang dilaksanakan esok hingga Ahad ini (31 Jan 2021) melibatkan Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Perak.

“Bagi veteran ATM yang mengalami kerosakan rumah akibat banjir yang tidak menerima sumbangan berkenaan masih boleh memohon Skim Bantuan Bencana Alam mengikut syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan melalui JHEV ATM negeri masing-masing.

“Keutamaan penyampaian sumbangan banjir itu diberikan kepada veteran ATM atau tanggungan yang terlibat dengan bencana banjir dan dipindahkan ke pusat permindahan banjir, diperakui JHEV ATM negeri terlibat serta memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya kenyataan itu.

JHEV turut memaklumkan daripada 303 ahli Veteran ATM yang terkesan dengan banjir itu, 228 daripadanya adalah di Pahang, Kelantan (29), Johor (23), Terengganu (15) dan Perak (lapan).

Katanya, peruntukan untuk program berkenaan diperoleh daripada dana Tabung Zakat Yayasan Veteran ATM serta dana Kempen Tabung Pahlawan dan akan disampaikan Pengarah JHEV ATM cawangan negeri masing-masing.

Perkara berkenaan juga menurut JHEV, selari dengan keprihatinan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap kebajikan veteran ATM yang ditimpa musibah banjir di beberapa negeri.

“Sumbangan tunai itu kemudian akan diserahkan kepada enam wakil veteran ATM setiap negeri semasa Program Cakna Veteran ATM berlangsung namun ada juga ahli akan menerima sumbangan itu melalui akaun bank masing-masing.

“Kementerian Pertahanan akan terus pertingkatkan lagi Program Cakna Veteran ATM melalui siri lawatan kebajikan yang akan datang agar tiada veteran yang terpinggir daripada menerima insentif yang disediakan.

“Kami peka dan prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan veteran sejajar dengan jasa bakti dan pengorbanan yang mereka curahkan selama ini dalam menentukan keamanan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara,” jelas kenyataan itu lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.