nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SKMM selesai masalah capaian internet 8 kampung

29 JAN: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil langkah proaktif dan turun padang bagi menangani isu capaian internet yang dihadapi oleh para penduduk di beberapa lokasi di seluruh negara khususnya di tempat-tempat yang mendapat liputan media massa.

Lokasi-lokasi tersebut ialah Kampung Banggol Pak Esah di Pasir Puteh dan Kampung Siram, Kedai Tanjong, di Pasir Mas; Kampung Aring 5 Gua Musang; Kampung Kaum Asli Kemidak, di Bekok, Segamat; Pulau Aman; Kampung Labi di Beaufort; Kampung Panikuan di Kudat serta Kampung Waluhu di Ranau

SKMM memberitahu, bagi masalah capaian internet yang dihadapi oleh penduduk setempat dan para pelajar sekolah khususnya di Kampung Banggol Pak Esah, SKMM telah menghubungi Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk melaksanakan kerja-kerja penyambungan talian tetap Unifi ke rumah pengadu.

Menurutnya, bagi penyelesaian jangka panjang bagi kawasan tersebut, sebuah menara telekomunikasi di Kampung Batu Selinsing akan dinaik taraf kepada teknologi 4G di bawah Projek Jalinan Digital Negara (JENDELA).

“Kesukaran siswi kembar yang berhadapan dengan capaian internet yang tidak stabil di Kampung Siram, Kedai Tanjong, Pasir Mas berjaya diselesaikan selepas pihak TM telah memasang talian Unifi di rumah pengadu.

“Masalah ketiadaan capaian internet dan pemilikan peranti yang dihadapi oleh anak-anak Orang Asli di Kampung Aring 5, Gua Musang sedang ditangani.

“Tinjauan telah dilakukan di lokasi berkenaan dan tindakan menguji kekuatan isyarat setiap telcos dijalankan. Untuk pelan jangka panjang pula, kawasan ini akan dibina sebuah menara baharu di bawah projek JENDELA (PPS),” katanya SKMM dalam kenyataan media yang disiarkan melalui Facebook, hari ini.

SKMM menambah, bagi sekumpulan pelajar sekolah dan mahasiswa di Kampung Kaum Asli Kemidak, Bekok, Segamat yang terpaksa mengikuti pembelajaran dalam talian di kebun sawit pula, masalah capaian internet lemah bakal diatasi apabila sebuah menara telekomunikasi baharu akan dibina di kawasan terbabit.

Tambahnya, menara telekomunikasi baharu berkenaan akan dilaksanakan di bawah Pelan JENDELA Fasa 1 yang kini dalam proses tender.

“Selain itu, kisah sebahagian para pelajar sekolah yang terpaksa merayau sekitar pulau untuk mendapatkan capaian internet di Pulau Aman telah diambil tindakan.

“Sebagai langkah sementara, pihak Celcom telah mengalihkan satu sektor antena di menara telekomunikasi Bukit Batu Kawan untuk menghala ke kawasan aduan bagi meningkatkan kualiti liputan di sana.

“Manakala untuk langkah penyelesaian jangka panjang pula, pembinaan sebuah menara baharu akan dicadangkan dalam pelan JENDELA akan datang dan permohonan oleh pihak penyedia perkhidmatan agar tabung Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau PPS digunakan untuk membina menara baharu di kawasan PPS sedia ada sedang dipertimbangkan,”katanya.

Menerusi kenyataan sama, SKMM memaklumkan masalah capaian internet yang dihadapi oleh tiga beradik di Kampung Labi, Beaufort yang terpaksa mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di atas sampan, bakal diatasi apabila sebuah menara baharu akan dibina di Kampung Sungkadan dan pembinaan menara ini akan dilaksanakan di bawah pelan JENDELA yang penduduk berpeluang untuk menikmati perkhidmatan 4G tidak lama lagi.

Sementara itu, penduduk di Kampung Panikuan, Kudat akan turut menikmati perkhidmatan 4G setelah menara PPS di kampung tersebut siap dan beroperasi.
yang kini kerja-kerja pemasangan peralatan radio sedang dijalankan oleh pihak U Mobile.

“Bagi seorang ibu dan tiga orang anak yang menghadapi kesukaran mendapatkan capaian internet, mereka telah dimaklumkan untuk memanfaatkan kemudahan Pusat internet Komuniti (PIK) Kampung Lawa, Kabajang yang hanya terletak lebih kurang 1.67 kilometer dari Kampung Labi.

“Sementara itu, kisah sekumpulan pelajar di Kampung Waluhu, Ranau yang terpaksa meredah hutan dan berdepan risiko binatang buas semata-mata untuk mendapatkan capaian internet tidak terlepas daripada perhatian SKMM.

“Untuk itu, sebuah menara baharu akan dibina di Kampung Singgaron Baru di bawah perancangan JENDELA yang mana menara berkenaan akan dibina pada lokasi yang bersesuaian bagi memberikan liputan lebih baik kepada Kampung Singgaron Baru dan Kampung Waluhu. Para penduduk di sana juga boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan di PIK Kampung Bongkud,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.