nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tun Ariffin dilantik Pengerusi JK Khas Bebas Darurat

9 FEB: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dan bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Samsudin Osman adalah antara 19 tokoh yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 berkuat kuasa mulai hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media berkata, pelantikan berkenaan dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Keanggotaannya terdiri daripada pakar kesihatan awam, wakil parti politik pembangkang dan kerajaan, tokoh bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, ketenteraman awam, pentadbiran awam dan undang-undang, mufti serta wakil dewan perniagaan.

“Jawatankuasa itu berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) berperanan sebagai urus setia jawatankuasa ini,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media hari ini.

Jawatankuasa kuasa berkenaan turut dianggotai beberapa bekas pegawai tinggi kerajaan lain termasuklah bekas Ketua Polis Negara,Tan Sri Norian Mai; bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin; bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Prof. Tan Sri Dr. Mohamad Taha Arif dan pakar bedah jantung, Tan Sri Dr. Yahya Awang.

Turut dilantik menjadi ahli jawatankuasa ialah Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Tan Sri Ter Leong Yap; Pro-Canselor Universiti Cyberjaya, Tan Sri Dr. R. Palan dan bekas Timbalan Pendakwaraya Pejabat Peguam Negara, Datuk Setia Sallehuddin Saidin.

Jawatankuasa berkenaan juga dianggotai oleh Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin; Pakar Kesihatan Awam, Prof. Datu Dr. Andrew Kiyu Dawi Usop dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Enam Ahli Parlimen yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa ialah Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjung Karang); Datuk Sri Rohani Abdul Karim (BN-Batang Lupar), Datuk Azizah Mohd. Dun (BERSATU-Beaufort); Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh); Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Kulim Bandar Baharu; Anthony Loke Siew Fook (DAP-Seremban) dan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (PAN- Kuala Selangor). – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.