nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Guan Eng Jangan Kait Isu Murtad Dengan Lompat Parti

11 MAC : Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad memberi peringatan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar tidak mengaitkan isu lompat parti dengan larangan dalam agama Islam membabitkan murtad.

Idris berkata, isu lompat parti tidak boleh disamakan dengan larangan murtad dalam Islam yang sememangnya sudah tersedia ada peraturan dan undang-undangnya. 

“Saya nak bagi amaran dan peringatan kepada Lim Guan Eng, jangan samakan undang-undang lompat parti dengan soal membabitkan akidah Islam iaitu murtad.

“Dalam hal ini (murtad) ia sudah sedia ada dalam undang-undang (Islam). Kalau nak buat perbandingan pun, kenapa undang-undang kes terowong ada? Kenapa pula (undang-undang) lompat parti tidak ada? Yang tu boleh buat perbandingan,” katanya menerusi video di Facebook miliknya, malam tadi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab Guan Eng yang mempersoalkan Islam tidak dibenarkan murtad, kenapa dalam politik boleh dibenarkan melompat parti.

Isnin lalu, Guan Eng mempersoalkan kewajaran lompat parti dalam politik sedangkan Islam tidak membenarkan murtad.

Guan Eng membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan yang tindakan lompat parti tidak boleh dihalang kerana perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan

Dalam pada itu, Idris mempersoalkan tindakan Guan Eng yang kini baru bersungguh-sungguh untuk bercakap berkenaan lompat parti sedangkan selama 22 bulan Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan tidak pula dibangkitkan isu itu.

Tambah beliau, mengapa isu lompat parti membabitkan Adun UMNO ke PH sehingga terbentuknya kerajaan negeri Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak pula dipersoalkan.

“Saya nak persoalkan kenapa hari ini kamu (Guan Eng) nak bercakap soal lompat parti? Ketika pembentukan kerajaan perak selepas PRU14, PH dapat 27 kerusi, Umno-BN (27), PAS (3) waktu itu tidak dapat bentuk kerajaan, tetapi apabila dua Adun Umno lompat masuk PH memberi sokongan kepada pelantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, kenapa masa itu kamu tidak timbul soal integriti dan undang-undang?

“Selama 22 bulan kamu dalam kerajaan tidak pula bangkit soal untuk mengadakan undang-undang anti lompat parti. Kenapa tidak ada usaha begitu?

“Apabila dah kena atas batang tubuh sendiri baru kamu nak sibuk. Tak apa lah kamu nak marah soal lompat parti, itu hak kamu tetapi jangan nak samakan kes itu dengan orang yang murtad,” katanya.

Justeru itu, Idris mengharapkan terdapatnya ahli ulamak dan asatizah dalam PH serta penasihat agama DAP supaya menegur Bekas Menteri Kewangan itu agar tidak menyamakan soal akidah Islam dengan isu lompat parti.

“Kita harapkan adalah ustaz, ulamak dalam PH atau penasihat agama kepada DAP ini tolong bagitahu kepada Guan Eng, jangan nak samakan soal murtad dengan lompat parti, “katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.