nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMNO akan siasat dakwaan MKT terima habuan RM20,000

22 MAC : Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, yakin parti itu akan menjalankan siasatan terperinci, berhubung dakwaan seorang ahlinya menerima habuan RM20,000 setiap bulan bagi membocorkan segala maklumat mesyuarat MKT seperti yang kini tular di media sosial.

Beliau berkata, siasatan pasti akan dilakukan bagi kesalahan yang membabitkan ahli parti dan sekiranya wujud gerakan atau tindakan tertentu yang boleh menjejaskan imej serta kedudukan parti, tentu perkara itu akan dibawa kepada Lembaga Disiplin UMNO.

“Pada saya lah secara peribadi, sekiranya benar hal dakwaan berkenaan berlaku dan sebagainya yang boleh memberikan kesan negatif pandangan awam kepada parti serta pandangan ahli terhadap kepimpimpinan parti, tentunya saya yakin isu terbabit akan dibawa ke lembaga disiplin, tetapi ini bukan keputusan saya, saya cuma maklumkan.

“Soal bagaimana akan dikendalikan, siapa akan bawa, siapa akan dakwa, itu berbalik kepada keputusan parti,” katanya ketika dihubungi PN BBC.

Ditanya berhubung kebenaran dakwaan itu, Fathul Bari menyatakan parti ada mendengar mengenai isu terbabit, tetapi kesahihannya belum terbukti.

“Dakwaan viral menerusi internet mengenai isu banyak lah kita lihat, tetapi kita belum terima maklumat sahih, kita tak dengar apa-apa.

“Daripada sumber berautoriti kita belum peroleh lagi mengenai kesahihan dakwaan terbabit, apa yang ada setakat ini cuma maklumat yang tular di media sosial dalam tempoh sehari dua, itu banyak lah kita dengar.

“Mungkin disebabkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) bakal menjelang, isu macam ini mula timbul dan sebagainya,” katanya.

Fathul Bari berkata, persepsi kepada laporan di media sosial tidak semestinya benar.

Katanya, sebarang perkara yang dilakukan ahli tetapi tidak memberi implikasi negatif kepada UMNO, contonya tiada gerakan untuk meruntuhkan institusi dan menjejaskan imej parti, perkara itu tidak menjadi masalah.

Media tempatan hari ini melaporkan, seorang daripada dua ahli MKT UMNO yang dikenal pasti sering membocorkan segala maklumat setiap kali mesyuarat parti diadakan, seperti tular sejak beberapa hari lalu, didakwa menerima habuan RM20,000 setiap bulan.

Individu terbabit didakwa menerimanya sejak dua tahun lalu sebagai ganjaran menyalurkan sebarang maklumat berkaitan apa sahaja keputusan MT. Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.