nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tindakan tegas diambil jika cuai – Prolintas

23 MAC: Tindakan tegas akan diambil jika didapati ada elemen kecuaian selepas siasatan dijalankan melibatkan kejadian di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras, semalam.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menerusi kenyataan memberitahu tindakan susulan yang bakal diambil bergantung kepada hasil siasatan pihak berkuasa.

Prolintas berkata pihaknya bersama pasukan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan memberi kerjasama penuh mengenal pasti punca kejadian sebenar.

“Ahli pengurusan dan Lembaga Pengarah Kumpulan Prolintas memandang serius isu keselamatan awam dan pekerja di tapak pembinaan.

“Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit jika didapati ada elemen kecuaian selepas siasatan dijalankan,” kata Prolintas menerusi kenyataan media, hari ini.

Semalam, tiga individu maut dan seorang lelaki cedera parah apabila struktur besi kren launcher terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras.

Dalam pada itu, Prolintas memaklumkan pihaknya juga akan memastikan kebajikan dan keadaan mangsa serta keluarga yang terlibat diberi perhatian yang sewajarnya.

“Pihak pengurusan dan pasukan projek SUKE bersama pihak berkuasa seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), pasukan Bomba, Polis Diraja Malaysia serta jurutera perunding sedang bertungkus-lumus untuk memastikan proses menyelamat, pengalihan dan pembaikan di tapak kejadian dijalankan dengan sempurna dan selamat.

“Semua pihak sedang berusaha sedaya-upaya memastikan keselamatan penduduk, pengguna jalan raya serta pekerja di sekitar kawasan tapak pembinaan,” katanya.

Sementara itu, menerusi kenyataan sama, proses yang rumit itu akan mengambil masa bagi memastikan aspek keselamatan dipenuhi.

“Kami memohon maaf atas kesulitan itu dan mengalu-alukan komen, pandangan dan kritikan daripada pelbagai pihak berkaitan insiden yang berlaku sebelum ini dan semalam.

“Bagaimanapun, komen yang berunsur hasutan, serangan peribadi dengan penggunaan bahasa yang kurang sopan serta mencela ketika ini tidak akan membantu keadaan dan amat dikesali,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.