nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis kesan 3 mangsa jambatan gantung Lata Keding

24 MAC: Polis sedang mengesan tiga mangsa yang cedera dalam runtuhan jambatan gantung di Lata Keding, Jeli, Kelantan Jumaat lalu bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian terbabit.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin, berkata sehingga kini pihaknya sudah merakamkan keterangan empat mangsa yang cedera dalam kejadian itu.

Empat mangsa yang dirakam keterangan itu, katanya adalah antara tujuh individu yang mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Jeli akibat kejadian terbabit, baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah merekodkan keterangan daripada wakil pengurusan pusat rekreasi itu yang turut menjadi saksi kejadian terbabit.

“Setakat ini kita dapat kesan empat sahaja mangsa dan sedang mendapatkan butiran lanjut daripada pihak hospital mengenai mangsa lain.

“Kenyataan sudah diperoleh daripada beberapa saksi, iaitu kakitangan pengurusan pusat rekreasi berkenaan.

“Difahamkan kemudahan itu dibina kontraktor yang dilantik sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad berkata, berikutan siasatan belum selesai, kerja pembinaan jambatan sepanjang 40 meter itu tidak boleh diteruskan.

Katanya, pita amaran dilekatkan di sekeliling kawasan pembinaan bagi mengelakkan orang ramai menghampiri tapak itu.

Bagaimanapun pusat rekreasi terbabit dibuka seperti biasa dan pengunjung dibenarkan ke situ untuk berkelah dan mandi, asalkan tidak berada berhampiran kawasan pembinaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, lebih 10 pengunjung terjatuh ke dalam anak sungai selepas jambatan gantung berkenaan yang masih dalam pembinaan runtuh.

Kejadian itu menyebabkan tujuh mangsa mengalami kecederaan ringan akibat jatuhan binaan setinggi 4.5 meter itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.