nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes baharu catat penurunan tiga hari berturut-turut

27 MAC: Jumlah kes baharu COVID-19 di seluruh negara hari ini adalah 1,199, sekali gus merekodkan penurunan tiga hari berturut-turut.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik terbabit di Malaysia adalah sebanyak 340,642 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada keseluruhan kes yang dilaporkan hari ini, Selangor kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan 283 kes.

Beliau memaklumkan, negeri lain yang mencatatkan pertambahan kes tiga angka, adalah Sarawak dengan 267 kes, Kelantan (138) dan Pulau Pinang (125).

“Kuala Lumpur pula mencatatkan 84 kes baharu, Johor (81) dan Sabah (64).

“Turut mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini adalah Negeri Sembilan dengan 43 kes, Melaka (36), Kedah (33) dan Pahang 30.

Dr Noor Hisham berkata, hanya empat negeri mencatatkan pertambahan kes baharu satu angka hari ini.

“Negeri ini adalah Perak dengan sembilan kes, Terengganu (tiga), Labuan (dua) dan Putrajaya (satu), manakala Perlis tidak mencatatkan kes baru,” katanya.

Katanya, jumlah kluster yang dilaporkan tamat hari ini adalah sebanyak 10 kluster, melebihi kluster baharu, iaitu sembilan kluster.

Bagi kumulatif kluster aktif, katanya, sebanyak 392 kluster direkodkan dan kumulatif kluster ditamatkan pula adalah 952 kluster yang menjadikan jumlah kluster keseluruhan adalah 1,344 kluster.

Menurut Dr Noor Hisham, sembilan kluster baharu itu membabitkan lima kluster tempat kerja, iaitu dua di Sabah dan masing-masing satu di Johor, Kuala Lumpur serta Pahang, selain empat kluster komuniti terdiri daripada tiga di Sarawak dan satu di Kelantan.

“Di Sabah, kluster ini adalah Kluster Inanam Taipan dan Kluster Jalan Kastam Baru, manakala Kluster Jalan Kong Kong (Johor), Kluster Tapak Bina Bulanan Pandan (Kuala Lumpur) dan Kluster Jalan Putra Square (Pahang).

“Kluster di Sarawak adalah Kluster Jalan Gridbid, Kluster Kampung Baru Hilir dan Kluster Jalan Tanjung Kidurong, selain Kluster Gong Kulim di Kelantan,” katanya

Sementara itu, katanya, dua kes kematian direkodkan, masing-masing seorang warganegara dan bukan warganegara, kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 167 kes serta kes memerlukan bantuan pernafasan (72 kes).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.