nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes tibi di Malaysia masih tinggi

1 APRIL: Walaupun pelbagai rawatan diperkenalkan dan pengesanan kes semakin banyak dibuat, jumlah pesakit tuberkulosis atau tibi di negara ini dilaporkan masih tinggi.

Pakar Perubatan Respiratori, Dr Zamzurina Abu Bakar dari Institut Perubatan Respitori (IPR), Hospital Kuala Lumpur, berkata keadaan itu membimbangkan, justeru walaupun statistik kes tibi di Malaysia pada tahun lalu merekodkan 23,644, iaitu menunjukkan pengurangan berbanding 2019 yang melaporkan lebih 26,000 kes, penyakit terbabit harus dibendung segera.

Katanya, anggapan orang ramai bahawa penyakit tibi hanya batuk biasa adalah kurang tepat kerana penyakit itu adalah jangkitan bakteria melalui udara dengan seorang pesakit tibi boleh menjangkiti 10 orang.

“Jika seorang pesakit tibi, terutama tibi paru-paru atau tibi larinks bercakap, ketawa, menyanyi, bersin atau batuk, dia boleh sebarkan kuman melalui udara.

“Apabila orang kedua datang, kuman tibi itu boleh disedutnya dan dia pula berisiko dijangkiti kuman tibi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bagi mengulas usaha menggalakkan kesedaran orang ramai berhubung penyakit itu sempena Hari Tibi yang disambut pada 24 Mac pada setiap tahun di seluruh dunia.

Dr Zamzurina berkata, antara simptom tibi atau juga digelar batuk kering adalah batuk melebihi dua minggu atau lebih lama, demam biasa pada waktu petang dan malam hingga awal pagi, sejuk dan berpeluh pada waktu malam, hilang selera makan serta kurang berat badan.

Jelasnya, bukan mudah membunuh kuman tibi kerana pesakit memerlukan rawatan minimum enam bulan, malah bagi kebanyakan mereka, pengesanan yang dibuat melalui X-Ray di bahagian atas paru-paru, menunjukkan berjuta kuman tibi memenuhi ruang kosong itu.

“Golongan berisiko tinggi penyakit ini adalah mereka yang tinggal di kawasan sempit dan sesak.

“Selain itu, mereka yang mempunyai kurang imunisasi, antaranya pesakit HIV, kanser, perokok dan individu mengambil pelbagai ubatan, seperti pesakit autoimun serta pesakit diabetes,” katanya.

Menurut Dr Zamzurina, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, kes tibi secara global perlu dikurangkan bagi menghapuskan penyakit respitori itu menjelang 2030.

“Tibi boleh disembuhkan dan kalau pesakit mendapatkan rawatan, selalunya pesakit akan selamat dan tidak dijangkiti tibi semula, walaupun kadang-kadang boleh menghidapinya semula,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.