nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MP,ADUN boleh terus pegang jawatan walaupun ada kes mahkamah

13 APRIL: Tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan seseorang wakil rakyat digantung, dipecat atau melepaskan kelayakan mereka daripada status jawatan itu apabila berdepan pertuduhan kes di mahkamah.

Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz, berkata walaupun wakil rakyat itu didapati bersalah di satu peringkat mahkamah dan kesnya masih boleh dibicarakan serta dirayu di peringkat mahkamah lebih tinggi, mereka masih layak memegang status terbabit.

Katanya, sepanjang kes itu dibicarakan di mahkamah sehingga peringkat mahkamah tertinggi, mereka masih bergelar wakil rakyat sah, selagi tidak meletakkan jawatan.

“Berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan mana-mana wakil rakyat, sama ada di peringkat Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri dalam hal mengenai pertuduhan apa sahaja kes jenayah membabitkan mereka, jelas tertera individu itu belum hilang kelayakan.

“Malah sekiranya mereka meletak jawatan ketika kes berlangsung sekalipun, mereka tidak dikatakan sebagai hilang kelayakan, cuma dianggap meletak jawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persoalan dikemukakan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim berhubung tindakan undang-undang menggantung tugas penjawat awam apabila berdepan kes di mahkamah, tetapi perkara sama tidak dilaksanakan ke atas wakil rakyat.

Shamrahayu yang juga penyandang Kerusi Institusi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM), berkata beliau melihat persoalan dilontarkan Rais itu lebih kepada konteks berkaitan politik.

Jelasnya, persoalan berkenaan mungkin dicetuskannya kerana dalam amalan berpolitik, jika wakil rakyat berdepan kes di mahkamah, itu dilihat berkaitan maruah sebagai pemimpin, justeru mereka dianggap perlu meletakkan jawatan.

“Saya fikir persoalan Tan Sri ini lebih kepada maruah dalam amalan berpolitik, tapi saya tidak sesuai memberikan pandangan berkaitan politik dan saya bercakap berhubung undang-undang yang mengatakan sekiranya dituduh di mahkamah, bukan menunjukkan seseorang hilang kelayakan sebagai Ahli Dewan, malah dia boleh lagi duduk dalam jawatan sehingga kes selesai.

“Tapi itu mungkin daripada konteks politik yang dimaksudkan Tan Sri supaya adanya maruah sebagai wakil rakyat dan tak ada tohmahan,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.