nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Doktor, ejen ditahan palsukan rekod kelahiran bayi

20 APRIL: Dua individu termasuk seorang doktor ditahan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pemalsuan 200 rekod kelahiran bayi, sejak 2009.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh, berkata doktor berkenaan berfungsi mengesahkan maklumat kelahiran palsu sebagai benar manakala seorang lagi bertindak selaku ejen.

“Ejen berkenaan ditahan di rumahnya di Melaka manakala doktor itu pula (ditahan) di Putrajaya. Doktor berkenaan berkhidmat di sebuah klinik bersalin swasta di Petaling Jaya,” katanya pada sidang media di Puutrajaya, hari ini.

Ruslin berkata, modus operandi sindiket itu adalah dengan menawarkan pendaftaran sebagai anak kandung kepada anak angkat yang diambil oleh pasangan yang tidak mempunyai anak.

“Doktor yang terbabit dalam sindiket ini akan mengesahkan Borang Kelahiran LM01 yang dikeluarkan oleh JPN sebelum membuat pendaftaran kelahiran.

“Sindiket kemudian akan memasukkan maklumat bayi serta ‘ibu bapa’ seolah-olah ia adalah anak kandung mereka dan ejen akan hadir bersama pasangan terbabit bagi menguruskan pendaftaran bayi di JPN,” katanya.

Ruslin berkata, kebanyakan ibu bapa kandung kepada bayi berkenaan tidak dikenali kerana segala urusan penyerahan bayi terbabit diatur oleh sindiket.

Katanya, setiap urusan bagi sindiket ini dikenakan bayaran antara RM8,000 hingga RM20,000 dan pihaknya tidak menolak kemungkinan ia membabitkan isu pemerdagangan manusia.

“Atas sebab itu kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat kes berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, lebih 200 rekod kelahiran di JPN sudah disenarai hitam dan kanak-kanak yang terbabit dalam sindiket berkenaan kini sudah berusia antara 12 tahun hingga 16 tahun.

“Senarai hitam itu dibuat kerana kita mengesyaki terdapat penipuan ketika pendaftaran yang dilakukan oleh klinik berkenaan.

“Kebiasaannya apabila sudah mencecah usia 12 tahun, kanak-kanak ini akan hadir ke JPN bagi memohon Kad Pengenalan.

“Bagaimanapun, urusan itu tidak dapat diproses kerana rekod kelahiran mereka sudah disenarai hitam.

“Justeru, kita minta pasangan yang terbabit dalam sindiket ini hadir memberikan kerjasama bagi menyelesaikan isu pendaftaran ‘anak angkat’ mereka,” katanya.

Ditanya status anak angkat pasangan terbabit, Ruslin berkata, kanak-kanak berkenaan buat sementara perlu diletak di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Pasangan ini perlu melalui proses pengambilan anak angkat yang sebenarnya sebelum mengambil semula kanak-kanak berkenaan,” katanya.

Ruslin tidak menolak kemungkinan ada ramai lagi yang terbabit dengan sindiket itu kerana terdapat beberapa klinik swasta, antaranya di Melaka, Johor serta Pulau Pinang turut dikaitkan dengan sindiket sama.

“Namun pihak JPN difahamkan kesemua klinik itu sudah tutup,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.