nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tutup semua sekolah di kawasan berisiko tinggi-NUTP

21 APRIL: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta kerajaan melaksanakan penutupan sementara sekolah di negara ini bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 dalam kalangan murid dan guru.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang, berkata bagaimanapun penutupan itu perlu dilaksanakan di sekolah yang terletak di kawasan berisiko tinggi pandemik terbabit, iaitu di zon merah, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan terdapat kes jangkitan.

“Kita menyokong sekolah dalam kawasan berisiko COVID-19 ini ditutup, manakala bagi sekolah yang tidak nampak sangat ancaman atau tiada jangkitan dalam kalangan murid dan guru, kita tidak setuju ditutup kerana kepentingan pembelajaran secara bersemuka itu sendiri.

“Jika guru dijangkiti misalnya, bermakna sekolah pun sudah ada risiko penularan jangkitan, maksudnya secara automatik berlaku kontak rapat dan mereka akan dikuarantin, justeru bagaimana guru ini boleh mengajar di sekolah, sedangkan pelajar hadir, jadi kena tutup sekolah untuk menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Dalam apa situasi sekalipun, kena pentingkan kesihatan dan keselamatan warga sekolah ini,” katanya ketika dihubungi PN BBC Portal, hari ini.

Semalam, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, mencadangkan Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya menutup semua sekolah buat sementara waktu.

Cadangan itu, katanya, susulan peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara, termasuk membabitkan sekolah di beberapa negeri.

Selain itu, Aminuddin berkata, NUTP mencadangan supaya sekolah yang tidak terbabit dengan penutupan itu melaksanakan sistem penggiliran murid bagi mengelakkan kesesakan murid yang hadir.

“Sekolah perlu menjalankan sistem kehadiran secara penggiliran, iaitu sebagai contoh murid kelas 1A dibahagikan kepada dua kumpulan, jadi kumpulan 1 murid ini akan hadir ke sekolah pada Ahad, Isnin dan Selasa, manakala kumpulan 2 menjalankan PdPR pada hari sama.

“Rabu dan Khamis pula, tukar giliran, kumpulan 1 di sekolah dan kumpulan 2 jalani PdPR dengan jadual berkenaan diubah setiap minggu kerana ini mampu mengurangkan kehadiran dan memudahkan murid dikawal, sekali gus membantu mengelakkan penularan jangkitan COVID-19,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, baru-baru ini bahawa KPM sedang mengumpulkan senarai guru di negara ini bakal disenaraikan sebagai penerima suntikan vaksin pada Fasa 2 sekiranya bekalan semasa mencukupi, Aminuddin menyambut baik usaha itu dan berharap pemberiannya dapat dilaksanakan kepada golongan terbabit kerana mereka juga dikategorikan sebagai barisan hadapan yang berurusan dengan murid hampir setiap hari.

“Sebelum ini NUTP agak kecewa kerana permohonan kita supaya guru dimasukkan sebagai penerima Fasa 1 tidak diluluskan tetapi kita faham juga mungkin kekangan daripada aspek bekalan.

“Kita harap Fasa 2, semua 460,000 guru dapat diberikan vaksin kerana mereka akan berhadapan dengan murid yang tidak divaksin.

“Jika guru masih tidak divaksin, risiko bukan sahaja kepada guru, tetapi murid dan jika pendidik ini diberikan vaksin, secara automatik murid memiliki perlindungan di sekolah,” katanya.- Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.