nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan umum SOP khusus pengembara dari luar negara

24 APRIL: Kerajaan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) khusus untuk pengembara tiba dari negara luar ekoran penularan virus SARS-CoV-2 jenis Variant of Concern (VOC) dalam komuniti.

SOP ditetapkan itu adalah pengembara perlu menjalani swab sampel bagi ujian pengesanan jangkitan COVID-19 tiga hari sebelum tarikh berlepas.

Pengembara juga dikehendaki menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di stesen kuarantin dengan tempoh kuarantin dipanjangkan dari 10 kepada 14 hari.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengembara juga perlu memuat turun, mendaftar dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera dalam telefon bimbit sebelum tiba di Malaysia.

“Mereka perlu menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mendaftar kod QR semasa ketibaan di pintu masuk antarabangsa dan melalui saringan demam serta gejala.

“Pengembara harus memantau kesihatan kendiri selama 14 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia.

“Sekiranya bergejala, mereka perlu segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan untuk penilaian selanjutnya,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Ismail Sabri berkata, pengembara perlu kekal tinggal dalam stesen kuarantin dan tidak keluar bilik, selain perlu mematuhi SOP, perundangan serta peraturan berkaitan pengurusan COVID-19 ditetapkan kerajaan Malaysia.

Katanya, pengembara dikehendaki menjalani swab sampel kedua bagi ujian pengesanan jangkitan COVID-10 pada hari ke-10 semasa dalam tempoh kuarantin.

“Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini, mengesahkan perkembangan mutakhir di banyak negara yang melaporkan virus SAR-CoV-2 VOC jenis baharu. Ada dalam kalangan varian ini sudah dikesan di Malaysia, misalnya varian B.1.351 atau South African variant.

“Melihat kepada perkembangan pelaporan beberapa lagi jenis VOC baharu di banyak negara luar, adalah dikhuatiri varian ini kemungkinan boleh dibawa masuk pengembara ke Malaysia,” katanya.

Beliau menjelaskan, virus SARS-CoV-2 penyebab jangkitan COVID-19 kerap bermutasi bagi memastikan kelangsungan hidupnya di dalam persekitaran bersama manusia.

Perubahan itu katanya, menyebabkan wujudnya varian bagi virus SARS-CoV-2 dan keadaan terbabit amat membimbangkan kerana boleh menyebabkan berlakunya penularan jangkitan dengan pantas.

“Ini juga boleh menyebabkan jangkitan dengan gejala teruk dan komplikasi, termasuk peningkatan kemasukan kes ke dalam wad dan unit rawatan rapi (ICU) serta berlakunya kematian.

“Varian baharu ini juga menyebabkan kurang keberkesanan perlindungan yang diberikan vaksin, selain kesukaran mengesan jangkitan melalui ujian makmal tertentu,” katanya.

Jelasnya, berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat tiga jenis varian membimbangkan, iaitu B.1.351 yang pada mulanya dilaporkan di Afrika Selatan; B.1.1.7, dilaporkan di United Kingdom dan B.1.1.28 atau P1, dilaporkan di Brazil serta Jepun. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

-ends-

Get real time updates directly on you device, subscribe now.