nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Vaksinasi pekerja hotel dilakukan atas beberapa faktor-JPBNP

29 APRIL: Pemberian imunisasi COVID-19 kepada pekerja industri perhotelan di Pahang, termasuk kluster membabitkan Genting Highlands dibuat atas beberapa faktor. 

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang (JPBNP), faktor itu turut membabitkan pertambahan jumlah vaksin diterima negeri berkenaan.

Katanya, faktor penting lain yang diambil kira adalah kluster Jalan Genting yang berlangsung selama dua bulan dan membabitkan 563 orang serta keperluan menjadikan hotel sebagai tempat kuarantin.

“Pemberian vaksin kepada 3,036 orang daripada sektor perhotelan termasuk tukang kemas, pencuci dan penyelenggaraan adalah merangkumi enam daerah di Pahang serta bukan hanya dalam kalangan pekerja Genting Group.

“Usaha ini juga sebagai menggerakkan sektor ekonomi dan sektor sokongan negeri, iaitu pelancongan dan pengangkutan,” menurut kenyataan itu hari ini.

Jawatankuasa dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak itu, menegaskan inisiatif terbabit dijalankan selepas 32,156 petugas barisan hadapan kesihatan dan perkhidmatan penting menerima vaksin bagi Fasa 1 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan kerajaan Persekutuan.

Katanya, Pahang menerima 5,319 dos tambahan pada Fasa1 yang disasarkan kepada petugas barisan hadapan dan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM), selain guru komobid.

Jawatankuasa itu memaklumkan, sebanyak 5,600 dos tambahan vaksin Sinovac pula diterima untuk penerima daripada sektor pengangkutan, pihak berkuasa tempatan (PBT), perkhidmatan sokongan klinik (PSK) dan perkhidmatan sokongan hospital (PSH).

Menurut jawatankuasa itu, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Kebangsaan telah menggariskan vaksin Sinovac tidak sesuai untuk diberikan kepada golongan komobid.

Usaha mendapatkan penerima bagi vaksin Sinovac itu, katanya, dimulakan sejak awal Mac lepas dengan seramai 540 orang kategori PSH menerima temu janji vaksin berkenaan, selain PSK (104 orang), sektor pengangkutan (1,726 orang), PBT (102 orang) dan perhotelan (3,036 orang).

“Jumlah agihan perancangan asal (untuk sektor perhotelan) ialah 1,575 dos sahaja, namun disebabkan kurang sambutan daripada penerima sektor pengangkutan yang layak walaupun pelbagai usaha dilakukan, menyebabkan jumlah penerima sektor perhotelan dinaikkan kepada 3,036 orang,” menurut kenyataan itu lagi.

“CITF negeri yang tertakluk kepada CITF Persekutuan komited dalam menjayakan PICK dan akan memastikan golongan sepatutnya menerima bekalan seperti digariskan,” katanya.

Semalam, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengatakan sejumlah pekerja syarikat Genting Group menerima vaksinasi COVID-19 atas arahan beliau.

Khairy berkata CITF negeri membuat keputusan untuk memberikan vaksin kepada pekerja di sektor pelancongan dan CITF Persekutuan hanya mengetahui perkara itu selepas proses vaksinasi kumpulan berkenaan bermula.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.