nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bersikap rasional di saat kritikal penularan COVID-19-KPN

12 MEI : Rakyat perlu bersikap lebih rasional dan beralah dengan melupakan seketika kegembiraan dinikmati sebelum ini menjelang sambutan Aidilfitri di saat nyawa manusia menjadi taruhan ketika negara berdepan penularan COVID-19.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata tindakan itu adalah satu pengorbanan terbesar bagi menzahirkan kesungguhan untuk melawan pandemik itu sebagai rakyat yang bertanggungjawab.

Katanya, rakyat perlu menang mengawal hati terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta terlebih dahulu, bagi mengelakkan wujudnya peningkatan kes positif COVID-19 dalam tempoh perayaan.

“Pada saat berlabuhnya tirai Ramadan, maka bergema laungan takbir dan kalimah-kalimah tahmid menyambut ketibaan Syawal, sebagai tanda kemenangan umat Islam menyempurnakan rukun Islam ketiga.

“Sebagaimana Ramadan yang dilalui berjaya mendidik kita untuk berjihad mengawal hawa nafsu dan menjadi hamba-Nya yang bertakwa, begitu juga semangat dan pengorbanan yang dituntut ke atas kita dalam menentang ancaman COVID-19 sehingga ke penghujungnya.

“Meskipun Aidilfitri ini disambut dalam suasana hiba dan kerinduan untuk berkumpul bersama ayah dan bonda di kampung halaman, namun dalam situasi di mana nyawa menjadi taruhan, kita perlu lebih rasional serta beralah,” katanya dalam perutusan Ketua Polis Negara sempena Aidilfitri menerusi Facebooknya, hari ini.

Mengulas lanjut Acryl Sani berkata, warga polis perlu cekal menempuh sebarang dugaan dalam dunia kepolisan yang penuh mencabar.

Katanya, semua anggota dan pegawai polis digesa terus berkhidmat meneruskan perjuangan demi memastikan kesejahteraan rakyat dan keamanan negara kekal terpelihara.

“Ingat bahawa setiap kudrat yang kita curahkan, air mata sering kali jatuh dan diseka, diiringi oleh nawaitu yang ikhlas Lillahi Ta’ala, dijanjikan ganjaran oleh-Nya.

“Dengan penuh tawaduk, mari kita sama-sama menadah tangan, memohon diberikan kekuatan dan perlindungan daripada Allah SWT, supaya dapat melaksanakan tanggungjawab hisbah hingga ke akhir tempoh perkhidmatan, Insya-Allah.

“Akhir kalam, saya dan isteri serta seisi keluarga, menyusun sepuluh jari memohon ampun serta kemaafan atas sebarang kekhilafan, zahir mahupun batin kepada seluruh warga polis dan rakyat Malaysia, amnya. Selamat Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.