nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes Guru Gurau Rogol Dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya

12 MEI: Kertas siasatan bagi kes seorang guru sekolah menengah di Puncak Alam, Selangor yang didakwa bergurau dengan menggalakkan perbuatan rogol semasa sesi pengajaran telah selesai disiapkan pihak polis. 

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kertas siasatan yang dilengkapkan itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Polis akhirnya sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang guru bergurau rogol pelajar perempuan dalam bilik darjah.

“Kes siasatan itu kini telah pun dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut dalam kes ini dan kita masih menunggu arahan lanjut dari Timbalan Pendakwa Raya,” katanya pada sidang media, di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi kenyataan memaklumkan guru tersebut yang merupakan guru pendidikan jasmani telah ditukar ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM), guru itu dipindahkan sehingga siasatan berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kata-kata tidak wajar semasa melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) selesai untuk tindakan lanjut.

KPM berkata, kementerian itu telah mengambil maklum akan laporan polis yang dibuat oleh pelajar berkenaan mengenai kejadian  yang berlaku di sekolah tersebut pada 24 April lalu.

“Berikutan insiden itu masih dalam siasatan polis, KPM tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sepanjang tempoh siasatan itu.

“Ketika ini KPM menempatkan guru itu di JPNS sehingga siasatan itu selesai dan tindakan seterusnya bergantung kepada hasil siasatan kes ini,” katanya.

Mengulas lanjut, KPM sedang meneliti perkara yang tular mengenai komen yang didakwa dibuat Pengetua SMK Puncak Alam terhadap murid berkenaan menerusi laman Facebook.

“KPM juga mengesahkan bahawa satu laporan polis dibuat Pengetua terbabit di Balai Polis Kuala Selangor. Beliau (Pengetua sekolah) menafikan telah memuat naik komen berkenaan dan mengesyaki akaun Facebook miliknya telah digodam,” katanya.

Sementara itu, KPM turut menjelaskan mengenai Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah memberitahu, sekolah berkenaan telah mengeluarkan enam surat kepada pelajar tersebut pada 16 hingga 30 April lalu.

“Amaran pertama yang diterima murid berkenaan, Pemantauan kehadiran murid ke sekolah dilaksanakan melalui Sisten Sahsiah Diri Murid (SSDM).

“Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau 10 hari tidak berturut-turut tanpa mengemukakan sebab secara bertulis kepada pihak sekolah, guru, melalui sistem ini, akan menjana Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah sebagai amaran pertama yang kemudian diposkan kepada ibu bapa atau penjaga murid tersebut.

“Secara umumnya, surat pemberitahuan ini dikeluarkan bagi memastikan ibu bapa, penjaga dan juga pihak sekolah mengetahui dan cakna akanm kehadiran serta keberadaan murid semasa sesi persekolahan,” ujarnya.

Tambah KKM, tindakan berkenaan juga akan membolehkan KPM memantau kemungkinan berlaku keciciran dalam kalangan murid dan mengambil tindakan intervensi sewajarnya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.