nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

TidakTimbul Isu Kekurangan bekalan Vaksin Sinovac

23 MEI: Pengilangan dan pembotolan vaksin COVID-19 Sinovac di kilang Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS) bukan sahaja mengurangkan kos perolehan kerajaan namun ianya mampu menjamin bekalan vaksin itu di negara ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PLS, anak syarikat milik penuh Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dijangka membekalkan 8.2 juta dos vaksin Sinovac kepada kerajaan menjelang akhir Jun depan.

Menurut beliau, bagi 10.4 juta dos vaksin lagi (vaksin siap) diimport dari China iaitu 1.4 juta yang sudah diterima setakat ini, dan 9 juta lagi pada Jun, Julai dan Ogos depan dengan purata 3 juta setiap bulan).

“Bekalan vaksin sedia ada mencukupi dan Pharmaniaga mampu membantu kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi. Jadi, tak timbul isu kekurangan vaksin. Ini kerana Pharmaniaga sudah menandatangani perjanjian untuk bekalkan 12 juta dos vaksin (Sinovac) kepada rakyat Malaysia.

“Kilangnya mampu membotolkan 500,000 dos vaksin setiap minggu jadi, 2 juta botol tersedia dalam sebulan. Setakat ini, kilang (Pharmaniaga)sudah siap membotolkan 1.8 juta dos vaksin. 

“Apabila akhir Jun nanti,2 juta dos lagi tersedia menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 3.8 juta boleh dibekalkan kepada kerajaan,” katanya pada sidang media secara maya selepas mengadakan lawatan kerja ke kilang berteknologi tinggi Pharmaniaga, Kuala Lumpur, hari ini.

Lawatan itu bertujuan mengetahui perkembangan terkini dan proses pengilangan, isian dan sempurnakan (fill & finish) vaksin Covid-19 Sinovac.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memaklumkan sekiranya berlaku kelewatan penghantaran mana-mana vaksin ke negara ini, Pharmaniaga mampu menanganinya melalui pengilangan tempatan.

“Apabila kita ada sendiri (pengilangan) kita tidak perlu tertumpu semata-mata import kepada vaksin produk siap guna dari China, sebab itu kita buat keputusan untuk mengeluarkan sendiri.

“Kita dengar ada vaksin yang dijanjikan kepada kerajaan mungkin masih belum sampai dan kalau ada masalah kelewatan sampai produk siap dari China, jadi kita boleh keluarkan sendiri (produk siap guna) di kilang kita sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga merupakan Ahli Parlimen Bera berkata beliau berpuas hati dengan persediaan dan perkembangan yang ditunjukkan Pharmaniaga dalam penyediaan vaksin Sinovac.

“Saya berbangga buat kali pertamanya negara kita dapat menghasilkan dan mengilangkan vaksin untuk manusia dengan kepakaran serta kemahiran bakat anak tempatan oleh Pharmaniaga yang juga anak syarikat Boustead dan Lembaga Angkatan Tentera (LTAT).

“Untuk makluman, Pharmaniaga mempunyai lebih 300 saintis dalam kalangan ahli farmakologi, ahli farmasi, ahli kimia, ahli formulasi, penyelidik dan jurutera dalam bidang pengilangan serta teknologi maklumat” katanya

Sementara itu, Pengarah Urusan Pharmaniaga, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, pembotolan vaksin di negara ini adalah salah satu strategi pihaknya, di samping pengimportan terus bekalan dos Sinovac siap guna itu dari China.

“Pembotolan akan mengurangkan kos daripada kerajaan, yang kita siap sedia iaitu import terus dari China kita buat standby kepada kerajaan sekiranya ada kekurangan daripada pihak kerajaan untuk dibekalkan kepada seluruh negara.

“Kita buat standby lagi 3 juta untuk kerajaan, kita dalam perbincangan dengan pihak kerajaan, sekiranya terdapat kekurangan atau tidak sampai mana-mana vaksin, kita boleh menampung kepada kerajaan,” katanya

Get real time updates directly on you device, subscribe now.