nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kluster tempat kerja sumbang 129,322 kes sepanjang pandemik

27 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) melahirkan kebimbangan peningkatan kes kluster tempat kerja yang kini melebihi 1,000 kluster sejak kes pertama COVID-19 dikesan di Malaysia, sejak Januari 2020.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada 25 Januari 2020 sehingga 26 Mei 2021, sebanyak 1,085 kluster tempat kerja telah dilaporkan dengan jumlah 129,322 kes.

Malah, Dr Noor Hisham berkata, trend peningkatan  kluster tempat kerja amat membimbangkan sejak kebelakangan ini.

“Bermula 1 April 2021 sehingga 26 Mei 2021, sebanyak 287 kluster tempat kerja telah dilaporkan dengan jumlah 17,087 kes (Rajah 1). Daripada jumlah itu, 233 kluster tempat kerja ini adalah masih aktif, melibatkan sejumlah 16,785 kes aktif.

“Tiga negeri yang melaporkan jumlah kluster tempat kerja yang tertinggi dalam tempoh ini merupakan negeri Selangor dengan 74 kluster (25.78 peratus), negeri Johor dengan 53 kluster (18.47 peratus) dan negeri Pulau Pinang dengan 31 kluster (10.80 peratus),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terbaharu, Dr Noor Hisham berkata KKM mengesan 20 lagi kluster baharu COVID-19 hari dengan lapan daripadanya membabitkan kluster komuniti, tujuh kluster tempat kerja, tiga kluster perhimpunan keagamaan serta masing-masing dua melibatkan institusi pendidikan dan pusat tahanan.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata biarpun kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan PKP 3.0 bermula pada 12 Mei 2021, namun tren kluster di tempat kerja masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara.

Beliau berkata sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes telah dilaporkan di antara 12 Mei 2021 sehingga 26 Mei 2021 di mana lebih separuh daripada jumlah tersebut melibatkan sektor pengilangan (62 kluster, 53.4 peratus).

“Oleh itu, KKM menyambut baik inisiatif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memperkenalkan SOP baharu dikenali sebagai Safe@Work bagi mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan dengan pengawalan COVID-19 seperti penubuhan pasukan kecemasan oleh pihak syarikat, sanitasi berkala premis, dan memastikan penginapan selesa bagi pekerja.

“KKM menasihatkan para majikan untuk memastikan langkah-langkah berikut adalah dilaksanakan di tempat kerja termasuk menyediakan tempat mencuci tangan atau hand sanitizer, pekerja mengenakan pelitup muka setiap masa;

“Amalkan penjarakkan sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangya 1 meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan; elakkan pekerja berkumpul di ruang yang sempit (confined space), elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa (crowded place) dan amalkan jarak 1 meter semasa bertutur (close conversation).

“Kerap melaksanakan proses nyah kuman dan nyah cemar, terutamanya di ruang guna sama; majikan juga disaran proaktif dalam memastikan langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 turut diambil dan diikuti oleh pekerja di tempat penginapan mereka,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.