nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19:CUEPACS, MTUC sambut baik sumbangan penjawat awam

1 JUN: Penjawat awam di negara ini, bersedia menyumbangkan sebahagian imbuhan tetap mereka selama tiga bulan sebagai tanda solidariti dan kebersamaan terhadap usaha kerajaan mendepani COVID-19.

Presiden CUEPACS, Adnan Mat, berkata, kongres itu juga menyambut baik pekeliling dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali yang menyentuh solidariti penjawat awam melalui sumbangan imbuhan itu, selain ketetapan pemotongan bulanan.

“CUEPACS bersedia menyumbang imbuhan penjawat awam dan pihak kita sudah memberikan maklum balas berhubung perkara ini kepada kerajaan, melalui KSN serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

“Dalam maklumbalas daripada gabungan melalui majlis kongres, kita bersetuju memberikan sumbangan ini, jadi terpulang kepada kerajaan bagaimana menyusun jadual dan sumbangan terbabit.

“Pada masa sama, kita bersetuju sepenuhnya dengan pandangan atau jadual penetapan pemotongan imbuhan selama tiga bulan diberikan KSN,” katanya ketika dihubungi Portal PN BBC.

Mohd Zuki menerusi pekeliling dikeluarkannya, hari ini, memberitahu seramai 800,000 akan menyumbangkan sebahagian imbuhan tetap mereka selama tiga bulan kepada Akaun Amanah Bencana, sebagai manifestasi solidariti bagi memperkasa rakyat dan ekonomi ketika COVID-19.

Katanya, jumlah keseluruhan sumbangan yang dianggarkan lebih RM30 juta itu, membabitkan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bagi Pengurusan Tertinggi dan Gred 44 hingga Gred 56, selain Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 41, menerusi pemotongan bulanan antara RM10 sehingga 50 peratus mengikut gred jawatan masing-masing.

Sumbangan diberikan itu bagaimanapun, jelasnya, tidak termasuk petugas barisan hadapan serta penjawat awam di bawah Gred 1 sehingga Gred 28.

Adnan berkata, sumbangan dihulurkan penjawat awam itu amat kecil berbanding pelbagai kemudahan, inisiatif dan intensif diberikan kerajaan, terutama ketika berdepan COVID-19.

Jelasnya, sumbangan itu adalah tanda solidariti dan terima kasih daripada penjawat awam kepada kerajaan kerana mengambil berat keperluan rakyat melalui pelbagai program prihatin dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Adnan berkata sumbangan terbabit juga sebagai penghargaan terhadap petugas barisan hadapan supaya keperluan mereka dapat terus dipertingkatkan dan disebabkan itu, golongan berkenaan tidak terbabit dalam pemotongan imbuhan.

“Penyaluran sumbangan tidak membabitkan petugas barisan hadapan memandangkan mereka sudah terkesan apabila terpaksa berkhidmat lebih setahun tiga bulan, malah ‘hilang’ rutin harian kehidupan untuk bersama keluarga, semata-mata memberi fokus mendepani pandemik dan membantu rakyat,” katanya.

Selain itu, Adnan berkata, jadual berhubung jumlah sumbangan ditetapkan menerusi pekeliling dikeluarkan KSN adalah paling minimum.

“Jadual ini sangat munasabah dan disambut baik seluruh penjawat awam sebagai tanda solidariti, tanda terima kasih serta tanda keberkesamaan terhadap kerajaan, selain petugas barisan hadapan yang lebih terkesan di luar sana,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani, turut menyambut baik pekeliling dikeluarkan KSN kerana disifatkan mampu membantu pihak memerlukan.

Namun, katanya, pelaksanaan pemotongan imbuhan berkenaan perlu diperhalusi bagi memastikan keperluan kehidupan penjawat awam yang terbabit dengan usaha itu, tidak terkesan.

Beliau berkata, MTUC berpandangan adalah lebih sesuai sumbangan itu disalurkan secara bersasar, iaitu atas dasar sukarela mengikut jumlah mampu diberikan setiap penjawat awam.

“Kena tengok keperluan kehidupan mereka kerana walaupun mungkin nilai pemotongan dirasakan sedikit, tetapi mereka memerlukannya untuk mengurangkan komitmen isi rumah bulan.

“Jika boleh, buat atas dasar sukarela dan terpulang kepada individu mahu sumbang berapa banyak setiap bulan atau selama mana mereka mahu berikan, sama ada dua bulan, tiga bulan atau setahun, tetapi sekiranya ada persefahaman antara majikan serta pekerja untuk Akaun Amanah Bencana, kami nampak tiada masalah,” katanya.

Mohd Effendy berkata, apa dibimbangi jika penetapan pemotongan imbuhan tidak dibuat secara sukarela, timbul isu di sebalik usaha terbabit yang dipolitikkan segelintir pihak.

“Buat secara lebih rasional mengikut keperluan bulanan penjawat awam, bukan menerusi tafsiran berapa pendapatan mereka.

“Apapun MTUC sambut baik usaha KSN melaksanakan sumbangan kepada Akaun Amanah Bencana, malah bagi pekerja sektor swasta yang mahu menyumbang, terpulang untuk berbuat demikian sekiranya berkemampuan,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.