nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Segera Hantar Bantahan Rasmi Kepada China-MAPIM

2 JUN: Kerajaan Malaysia perlu menghantar bantahan rasmi segera terhadap China berhubung pencerobohan pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) dan menghampiri ruang udara nasional, semalam. 

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kerajaan perlu bertindak pantas dengan tidak membiarkan kedaulatan negara diganggu gugat oleh pihak luar.

Menurutnya, insiden itu perlu disiasat dan tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja dan eperti yang dinyatakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), insiden ini merupakan perkara yang serius terhadap ancaman kedaulatan dan keselamatan negara.

“Kami melihat insiden ini lebih serius apabila pesawat perisik Israel dibenarkan beredar di ruang udara Malaysia minggu lalu. Kini pesawat tentera udara China pula menceroboh ruang udara negara.

“Apakah sebenarnya niat dua negara ini terhadap Malaysia? Ini perlu disiasat,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Mohd Azmi menegaskan, kerajaan perlu segera menyampaikan bantahan tersebut kepada China dan tidak berkompromi dengan operasi tentera negara itu yang boleh dilihat sebagai provokasi.

“Malaysia tidak boleh menjadi negara yang hanya tunduk kepada percaturan kuasa besar dan rantau ini juga tidak boleh menjadi medan konflik buat mereka.

“Jika ruang udara negara kini menjadi laluan pesawat tentera udara negara luar, Malaysia boleh sahaja terperangkap dengan hegemoni kuasa besar yang berkepentingan,” katanya.

Lewat malam tadi, Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan akan mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China terhadap tindakan yang dilakukan oleh pesawat tentera dari negara tersebut. 

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menyifatkan tindakan 16 pesawat PLAAF itu sebagai ‘pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia. 

Beliau menegaskan Wisma Putra juga akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia oleh 16 pesawat PLAAF.

Terdahulu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dalam satu kenyataan, memaklumkan TUDM memintas 16 pesawat PLAAF yang dikesan menceroboh ZMM Kota Kinabalu (KK) IFR semalam.

Pesawat berkenaan yang dikesan Radar Pertahanan Udara TUDM dari Pusat Pertahanan Udara Sarawak pada jam 11.53 pagi, terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika antara satu sama lain.

Beberapa arahan supaya pesawat berkenaan menghubungi kawalan trafik udara KK IFR tidak dipatuhi, sekali gus TUDM melancarkan pesawat pemintas pada jam 1.33 tengah hari untuk melakukan identifikasi visual. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.