nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia disahkan sebagai ahli baharu Lembaga Eksekutif WHO

3 JUN: Malaysia dan Jepun disahkan sebagai ahli baharu Lembaga Eksekutif (EB) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi penggal 2021 sehingga 2024, menggantikan China serta Australia.

Keahlian Malaysia itu diketuai Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, manakala Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berperanan sebagai ahli ganti.

Dr Noor Hisham berkata, EB WHO dibarisi 34 individu berkelayakan secara teknikal dalam bidang kesihatan yang dipilih bagi penggal selama tiga tahun.

“Setiap individu terbabit ditetapkan negara anggota, sebelum dipilih Perhimpunan Kesihatan Sedunia,” katanya.

Beliau berkata, fungsi utama EB adalah melaksanakan keputusan dan dasar Perhimpunan Kesihatan Sedunia, memberi nasihat serta mempermudahkan urusan WHO.

“Mesyuarat tahunan Lembaga diadakan Januari lalu, selepas ahli bersetuju dengan agenda Perhimpunan Kesihatan Sedunia yang seterusnya dan resolusi akan dipertimbangkan Perhimpunan Kesihatan.

“Ini disusuli mesyuarat kedua yang lebih ringkas pada Mei atau Jun,” katanya menerusi muat naik di Facebook rasminya, malam tadi.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, Malaysia sebelum ini pernah berkhidmat sebagai ahli EB WHO sebanyak tiga kali.

“Kami akan melakukan yang terbaik bagi Wilayah Pasifik Barat untuk menyokong visi serantau, antaranya ‘Untuk Masa Depan: Menuju Wilayah Paling Sihat dan Aman’ seperti dibayangkan Pengarah Serantau, Dr Takeshi Kasai.

“Selain agenda kesihatan global, Malaysia juga menyokong pembedahan yang selamat dan mampu dibiayai seperti digariskan dalam Kerangka Tindakan untuk Pembedahan Selamat dan Mampu Dibiayai di Wilayah Pasifik Barat (2021–2030) yang disahkan pada 2020,” katanya.

Sebelum itu, Dr Noor Hisham menyertai Sesi Ke-149 EB WHO secara dalam talian susulan pandemik COVID-19, petang semalam, sempena Sesi Ke-74 Perhimpunan Kesihatan Sedunia yang berakhir, baru-baru ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.