nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD: 5 lokaliti di Perak, 4 di Sabah, 1 di Pahang

4 JUN: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, Mukim Ulu Kinta, Kinta Perak selama 14 hari, bermula lusa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata sehingga kini, sebanyak 24 kes positif direkodkan daripada 243 ujian saringan dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) ke atas penduduk dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di lokaliti terbabit. 

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, Mukim Ulu Kinta, Kinta, Perak berkuatkuasa 6 Jun sehingga 19 Jun 2021,” katanya mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD, hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKPD turut dilaksanakan di Taman Kerian Tambahan, Parit Buntar, Kerian, Perak selama dua minggu, bermula lusa. 

PKPD dilaksanakan apabila sebanyak 63 kes positif direkodkan di lokaliti terbabit hasil daripada keseluruhan 408 ujian saringan dijalankan KKM dengan kadar positiviti 15.4 peratus.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD juga dilaksanakan di tiga perkampungan Batu 9 Lekir, Mukim Lekir, Manjung, Perak selama 14 hari, bermula lusa.

Perkampungan itu, katanya, adalah Kampung Tanjung Kepah, Kampung Batu 9 dan Kampung Sungai Lombong.

Jelasnya, berlaku peningkatan kes ketara di tiga perkampungan terbabit apabila sebanyak 57 kes positif direkodkan daripada 132 ujian saringan secara keseluruhan.

“Kadar kebolehjangkitan juga tinggi di lokaliti itu dan kadar positiviti adalah 43.2 peratus,” ujarnya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD dikenakan di Taman Berkat, Mukim Matang daerah Larut, Matang dan Selama, Perak selama dua minggu, bermula lusa apabila sebanyak 24 kes positif direkodkan daripada 204 ujian saringan dijalankan KKM ke atas penduduk di lokaliti terbabit.

Mengulas lanjut, katanya lagi, PKPD  turut dikenakan di tiga lokaliti di Papar Sabah, iaitu Kampung Gusi Kinarut, Kampung Tengah Kinarut dan Kampung Benoni selama 14 hari, bermula lusa.

Katanya, sehingga kini, sebanyak 15 kes positif direkodkan di Kampung Gusi Kinarut daripada 56 ujian saringan dijalankan KKM, manakala lapan kes daripada 18 ujian saringan di Kampung Tengah Kinarut dan lima kes di Kampung Benoni daripada 18 ujian saringan.

Selain itu, menurut beliau PKPD di Bandar Bentong, Pahang turut dilaksanakan membabitkan 14 lokaliti selama dua minggu, bermula lusa.

Lokaliti itu, katanya, adalah Kampung Chamang Lama/Baru, Taman Bukit Chamang, Kawasan Perindustrian Bentong, Kampung Baru/Taman Saga/Taman Bukit Indah, Kampung Sungai Marong, Taman Bukit Bentong, Taman Hussin/Taman Syahbandar, Kampung Perting/Kampung Kemansur/Kampung Kuala Repas, Bentong Heights, Rumah Murah Batu 1/PPRT Batu 1, Taman Bentong Makmur, Taman Harmoni, Taman Kolej dan Taman Desa Damai.

Sejak 17 Mei sehingga 31 Mei lalu, jelqs Ismail, sebanyak 209 kes positif dilaporkan di sekitar bandar Bentong selepas ujian saringan dijalankan ke atas 914 orang penduduk di situ, manakala kadar kebolehjangkitan adalah tinggi dan kadar positiviti adalah 22.9 peratus.

Berhubung PKPD di lokaliti lain, Ismail Sabri berkata, pelaksanaan itu turut dikenakan di dua kampung, masing-masing di Mukim Pengkalan Hulu dan Mukim Kerunai, Hulu Perak, Perak, selama 14 hari, bermula lusa.

Perkampungan itu, jelasnya, adalah Kampung Air Panas dan Kampung Kuak Luar di Mukim Pengkalan Hulu serta Kampung Alai dan Kampung Baharu (sebahagian dari Kampung Lalang) di Mukim Kerunai. 

Tujuh kes positif, katanya, direkodkan sehingga kini di Kampung Air Panas dan Kampung Kuak Luar hasil daripada 41 ujian saringan dijalankan KKM, manakala 42 ujian saringan di Kampung Alai dan Kampung Baharu (sebahagian dari Kampung Lalang) mendapati 18 daripadanya positif. 

Pelaksanaa PKPD, katanya, turut dikenakan di Lorong Ulu Sibuga 5 & 9, Fasa 7 Taman Mawar, Sandakan, Sabah selama dua minggu, bermula lusa. 

“Sehingga kini, sebanyak 18 kes positif direkodkan daripada 28 ujian saringan dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di lokaliti terbabit,” ujarnya.

Menurutnya lagi, PKPD jufa dikenakan di Taman Wangsa, Jalan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah selama 14 hari, bermula lusa.

“Sehingga kini, sebanyak sembilan kes positif direkodkan selepas KKM melakukan 12 ujian saringan dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di lokaliti terbabit,” katanya.

Dalam pengumuman itu, Ismail Sabri berkata, PKPD turut dikenakan di Kampung Perpaduan, Pulau Banggi, Kudat, Sabah selama dua minggu, bermula lusa.

Menerusi 38 ujian saringan dijalankan KKM di lokaliti itu, katanya, lapan daripada disahkan positif.

Kadar peningkatan kes turut didapati berlaku di situ dan kadar kebolehjangkitan tinggi.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Perpaduan, Pulau Banggi, Kudat, Sabah berkuatkuasa 6 Jun sehingga 19 Jun 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.