nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SPM 2020: Kemas kini kemasukan IPT Mulai Selasa depan

10 JUN: Semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh mengemas kini permohonan kemasukan institusi pengajian tinggi (IPT) menerusi UPUOnline mulai jam 12 tengah hari, pada 15 Jun ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan berkata Fasa Pengemaskinian UPUOnline akan dibuka selama tujuh hari mulai 15 Jun 2021 (Selasa, jam 12.00 tengah hari) dan akan ditutup pada 21 Jun 2021 (Isnin, jam 5.00 petang).

KPT berkata fasa berkenaan dibuka bagi memberi peluang kepada pemohon lepasan SPM 2020 yang telah memohon UPUOnline pada Fasa Permohonan yang lalu terutama pemohon yang berada di luar bandar untuk mengemas kini pilihan program pengajian berdasarkan keputusan peperiksaan SPM 2020.

“Pemohon boleh mengemas kini semua pilihan program pengajian berdasarkan keputusan SPM 2020 kecuali program pengajian yang telah dipanggil temuduga atau ujian.

“Hebahan keputusan permohonan UPUOnline lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 dijangka dibuat pada minggu ketiga Julai 2021,” kata KPT dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, KPT berkata serentak dengan pembukaan Fasa Pengemaskinian UPUOnline bagi pemohon lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022, kementerian akan melaksanakan program Jom Masuk IPT Virtual 2021 (JMIPT Virtual 2021) dengan kerjasama rakan strategik Universiti Malaya (UM) bagi memastikan penyampaian maklumat berkaitan akses pendidikan tinggi tidak terjejas ketika negara sedang mendepani cabaran pendemik COVID-19.

Katanya, MIPT Virtual 2021 melibatkan penyertaan semua UA; Politeknik; Kolej Komuniti; ILKA; MQA; PTPTN; dan Bahagian Biasiswa, KPT. Program ini terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa Pertama pada 15 hingga 21 Jun 2021 khusus untuk pemohon lepasan SPM dan Fasa Kedua 8 hingga 12 Ogos 2021 kepada pemohon lepasan STPM atau setaraf.

“JMIPT Virtual 2021 menyediakan 29 slot webinar, sesi ‘live chat’ dan konsultasi secara berkelompok dan individu oleh pempamer secara virtual. Kementerian turut mengekalkan jaringan komunikasi sedia ada iaitu talian Hotline, Sistem Maklum Balas dan emel rasmi sepanjang program berlangsung.

“KPT ingin menjemput semua pihak khususnya pemohon, ibu bapa, penjaga, guru bimbingan dan kaunseling serta orang awam untuk bersama-sama menyertai program JMIPT Virtual 2021. Kementerian mengucapkan selamat maju jaya bagi pemohon-pemohon UPUOnline Sesi Akademik 2021/2022,” katanya. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.