nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kenyataan SUHAKAM berhubung ‘transgender’ mengecewakan

17 JUN: Kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bahawa isu transgender adalah satu ‘medical condition’ atau ‘keadaan kesihatan’ yang tidak dapat dirawat dan membelenggu individu seumur hidup adalah sangat mengecewakan, menyimpang daripada fakta sebenar serta bertentangan ajaran Islam.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata hujah suruhanjaya itu bahawa masyarakat tidak boleh menidakkan hak asasi seseorang semata-mata kerana dia dilahirkan sebagai transgender yang mempunyai ‘jiwa’ bertentangan dengan fitrahnya, sangat sukar diterima akal. 

“Jiwa bertentangan dengan fitrah ini perlu diuruskan supaya tidak merosakkan diri dan masyarakat.

“Kalaulah semua perkara boleh dilakukan dengan menggunakan hujah jiwa, nescaya huru-hara dan kucar-kacirlah dunia kerana kita perlu meraikan segala jenis benda haram yang menjadi kecenderungan manusia,” katanya menerusi muat naik status di Facebook.

SUHAKAM dalam kenyataannya seperti dilaporkan sebuah portal tempatan itu, turut mengatakan pihaknya harus diberikan kebebasan untuk mengkaji keperluan undang-undang khusus bagi mengiktiraf jantina ketiga dalam negara ini.

Ahmad Marzuk berkata, susulan kenyataan itu, termasuk iklan mencari penyelidik untuk mengkaji jantina ketiga disiarkan di Facebook SUHAKAM pada 14 Jun lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sudah menghantar emel rasmi kepada pihak berkenaan bagi memohon penjelasan mengenai justifikasi cadangan penyelidikan terbabit.

Namun, katanya, setakat ini, SUHAKAM masih belum memberikan sebarang jawapan berhubung perkara berkenaan.

“JAKIM berhak menerima penjelasan daripada SUHAKAM sementelah sudah menjadi tugas dan peranan pihak berkuasa agama itu untuk menangani sesuatu isu yang menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

“Lagi pula, kita tidak mahu data-data yang dikumpulkan disalah guna untuk memberi gambaran realiti sosial yang salah, memandangkan matlamat kajian secara jelas adalah berat sebelah, iaitu ke arah memberi pengiktirafan kepada jantina ketiga,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, beliau melihat adalah lebih baik untuk SUHAKAM menggunakan peruntukan diberikan kerajaan bagi mengkaji isu lebih relevan dengan situasi COVID-19 mendesak ketika ini, terutama berkaitan hak asasi golongan rentan, wanita dan kanak-kanak.

Katanya, memperbanyakkan kajian yang memberi manfaat kepada golongan itu adalah lebih utama daripada memfokuskan isu menyebabkan bantahan majoriti rakyat.

Beliau berkata, SUHAKAM perlu jujur dalam menentukan apakah kajian lebih penting dalam merealisasikan hak asasi manusia di Malaysia, malah mesti menghormati Perlembagaan Persekutuan dan aspirasi rakyat majoriti Islam yang berpegang teguh dengan agama serta nilai moral.

“Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menjadikan masjid sebagai pusat transit mangsa keganasan rumah tangga.

“Kita percaya lebih banyak data dan kajian diperlukan daripada semua pihak dalam mencari solusi terbaik bagi menyelesaikan kes mangsa-mangsa keganasan rumah tangga, khususnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya. –Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.