nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelajar peperiksaan diutamakan vaksin langkah tepat

18 JUN: Langkah Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) memberi keutamaan kepada pelajar bakal menduduki peperiksaan menerima suntikan vaksin disifatkan tepat pada masa, mewujudkan suasana pembelajaran lebih sempurna dan mampu membantu membendung COVID-19.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata usaha itu pastinya meningkatkan tahap kesihatan pelajar dan membolehkan mereka belajar dengan lebih selesa, sekali gus semakin yakin menduduki peperiksaan.

“PIBGN amat menyambut baik dan menyokong perkara ini memandangkan kes COVID-19 agak menyeramkan, malah virus dashyat terbabit memberi ketakutan kepada pelajar untuk ke sekolah.

“Justeru, kami percaya langkah kerajaan ini yang digabungkan dengan disiplin kendiri baik diri pelajar dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mampu meningkatkan kesihatan, memperkukuhkan disiplin serta menyaksikan keputusan cemerlang lebih baik daripada diperoleh calon tahun lalu.

“Selepas ini, guru-guru pun perlu diberikan keutamaan mendapatkan vaksin memandangkan mereka berperanan sebagai petugas barisan hadapan yang terdedah kepada risiko jangkitan supaya mereka mampu menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik,” katanya ketika dihubungi Portal PN BBC, hari ini.

MOHAMAD ALI

Mohamad Ali berkata, kaedah suntikan yang dilaksanakan di sekolah seperti dimaklumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin amat baik bagi memudahkan proses pemberian.

“Kaedah ini patut dirancang sebaik-baik mungkin bagi memastikan pemberiannya berjalan lancar, termasuk menggunakan Trak Vaksin Bergerak,” katanya.

Semalam, CITF memutuskan pelajar bakal menduduki peperiksaan akan diutamakan untuk menerima vaksin COVID-19, susulan kelulusan diberikan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

Hari ini, Khairy menerusi kenyataannya, memberitahu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bakal menerima suntikan dos pertama vaksin terbabit akhir bulan depan di sekolah, manakala dos kedua akan diberikan selepas tiga minggu.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor, berkata pendekatan dilaksanakan kerajaan itu sememangnya amat sesuai bagi memperluaskan usaha memerangi COVID-19 dalam kalangan pelajar sekolah rendah serta menengah.

Malah, katanya, keputusan kerajaan Malaysia itu juga tepat dalam membendung pandemik terbabit, malah dilaksanakan di beberapa negara, seperti Jepun, Kanada, Singapura dan Amerika Syarikat, membabitkan individu berusia 12 sehingga 15 tahun.

Beliau berkata, pihaknya amat yakin sekiranya sasaran imuniti kelompok 80 peratus dapat dicapai, termasuk di peringkat sekolah, ini membolehkan institusi pendidikan itu beroperasi seperti biasa dan pelajar dapat menduduki peperiksaan serta menjalani proses pembelajaran secara normal melalui kaedah bersemuka.

“Cara pelaksanaan pemberian di sekolah ini saya yakin akan berjalan lancar memandangkan sekolah mempunyai ruang bersesuaian untuk usaha ini, antaranya dewan, malah pastinya Kementerian Kesihatan (KKM) sudah membuat analisis terperinci, sama juga seperti kita ambil suntikan imunisasi Bacillus CalmetteGuerin (BCG) masa zaman sekolah dahulu.

“GPMS berterima kasih kepada KKM, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang melaksanakan insiatif suntikan kepada golongan ini supaya mereka dapat melalui proses pendidikan dengan sempurna dan kembali hadir ke sekolah,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.