nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Benarkan PAC bermesyuarat segera – Kah Woh

27 JUN: Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun perlu membenarkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bermesyuarat secepat mungkin mengembalikan fungsinya sebagai badan semak dan imbang.

Berikutan itu, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata langkah itu perlu berikutan Jawatankuasa Khas Pemandu Persidangan Parlimen Secara Hibrid akan bermesyuarat pada 5 Julai ini.

Kah Woh berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak boleh lagi memberi alasan kerana PAC dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sudah lama tidak mengadakan mesyuarat.  

KAH WOH

Beliau berkata PAC perlu meneruskan kerja-kerja penyelesaian kes-kes yang telah dimulakan sebelum ini, penelitian Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang terkini dan penyemakan perbelanjaan Kerajaan dalam segala isu menangani pendemik Covid-19.

“Tiada lagi alasan kenapa PAC dan Jawatankuasa Pilihan Khas tidak boleh bermesyuarat semula dengan serta-merta.

“Jawatankuasa Khas Pemandu Persidangan Parlimen Secara Hibrid akan bermesyuarat pada 5 Julai ini.  Namun, PAC dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen masih tidak boleh bermesyuarat sejak pelaksanaan Darurat pada 12 Januari tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Kah Woh berkata pengumumam Azhar bahawa  jawatankuasa berkenaan untuk meneliti pelaksanaan sidang Parlimen secara hibrid akan bermesyuarat pada 5 Julai nanti jelas menunjukkan dari segi undang-undang tiada apa-apa yang mengekang perjalanan sidang Parlimen pada bila-bila masa, termasuk sebelum tamatnya Darurat pada 1 Ogos.

Beliau berkata ini adalah selari dengan Yang di-Pertuan Agong yang sebelum ini mengarahkan supaya Sidang Parlimen diadakan dengan serta-merta.

“Ini juga bermaksud bahawa PAC dan Jawatankuasa Parlimen tidak lagi dan tidak patut dikekang daripada menyambung semula mesyuarat dan prosiding yang ditangguhkan sebelum ini.

“Dari segi pematuhan SOP kesihatan, Parlimen juga mempunyai fasiliti yang mencukupi dengan Bilik Mesyuarat Jawatankuasanya yang boleh menampung 65 orang dalam keadaan biasa, dan 30 orang dengan pematuhan SOP kesihatan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.