nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cadangan sidang khas Parlimen sebelum 1 Ogos dikemukakan kepada PM

30 JUN: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, dan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim sudah mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya satu persidangan khas Parlimen diadakan sebelum 1 Ogos depan.

Azhar dan Rais dalam satu kenyataan bersama berkata, perkara itu adalah selari dengan titah dan pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika sesi sembah maklum di Istana negara semalam.

“Kedua-dua Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta Timbalan-timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan telah menyatakan komitmen dan kesediaan penuh Parlimen Malaysia untuk mengadakan persidangan Parlimen seperti yang dititahkan oleh Baginda Tuanku.

“Titah Yang di-Pertuan Agong pada majlis menghadap tersebut juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri dan adalah dicadangkan kepada Perdana Menteri agar satu persidangan khas diadakan sebelum 1 Ogos 2021 mengikut peruntukan-peruntukan undang-undang sedia ada,” kata mereka dalam kenyataan itu, hari ini.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Tuanku berpandangan, persidangan itu perlu dilakukan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard COVID-19 yang ditetapkan Kerajaan dan Parlimen Malaysia.

Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 ditetapkan kerajaan dan Parlimen.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa semua Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Parlimen Ke-14 hendaklah meneruskan sesi-sesi mesyuaratnya untuk pelaksanaan mekanisme semak dan imbang.

“Ini bagi menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab khususnya menangani isu-isu dasar awam dan kemasyarakatan serta hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara,” katanya menerusi kenyataan Istana Negara, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap Rais dan Azhar Azizan Harun bersama timbalan mereka di Istana Negara, semalam. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.