nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Negeri Sembilan tangguh ibadah korban tahun ini

14 JULAI : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (JMNS) membuat keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan korban tahun ini kerana dibimbangi memberi mudarat tidak terkawal ekoran penularan COVID-19 yang masih tinggi di negeri tersebut.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, menerusi satu kenyataan hari ini berkata, penangguhan itu berkuatkuasa di seluruh negeri dan ia sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Penangguhan ibadah korban itu katanya turut dikemukakan kepada Datuk Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin.

“Data menunjukkan bahawa penyebaran virus COVID-19 di negeri ini masih tinggi dan dibimbangi akan berlaku kemudaratan yang tidak terkawal. Justeru, berdasarkan keadaan itu, ibadah korban di seluruh Negeri Sembilan ditangguhkan.

“Manakala, solat sunat Aidiladha pula dibenarkan hanya membabitkan 12 orang ahli jemaah yang terdiri daripada pegawai dan jawatankuasa masjid atau surau Jumaat seperti sedang dilaksanakan,” ujarnya dalam kenyataan itu.

Tambah Mohd Yusof,  solat sunat Aidiladha bagi daerah atau lokaliti yang diisytiharkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak dibenarkan.

“Keputusan ini dilakukan atas syor dan nasihat daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sembilan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ketetapan sedemikian perlu diambil sebagai menyahut nasihat kerajaan agar semua bentuk aktiviti berkumpulan dikawal bagi mengekang penularan COVID-19 ini,” jelasnya.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

JMNS menurut beliau, mengambil maklum bahawa ramai umat Islam yang berhasrat untuk mengerjakan ibadah korban dan amat menghargai peningkatan kesedaran dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini terhadap ibadah berkenaan.

“Namun situasi semasa pada hari ini telah membataskan pelbagai aktiviti yang sering dilakukan dalam kalangan masyarakat akibat COVID-19.

“Tambahan pula, penularan COVID-19 semakin meruncing di Negeri Sembilan dan tindakan berkumpul beramai-ramai boleh menyebabkan penularan virus ini dengan lebih pantas,” ujarnya lagi.

Tegasnya, Allah SWT melarang apa jua perbuatan yang boleh menyebabkan diri seseorang terdedah kepada risiko kehilangan nyawa secara sia-sia.

“Selaras dengan maqasid syariah yang bertujuan untuk menjaga nyawa, maka wajib dihilangkan kemudaratan terbabit.

“Sesuatu kemudaratan itu boleh dihindarkan atau disingkirkan melalui pelbagai cara termasuk mengambil langkah berjaga-jaga (precaution) terhadap sesuatu bahaya yang bakal menimpa.

“Justeru, saya menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama memberi kerjasama dalam usaha kerajaan negeri untuk menangani penularan pandemik ini demi menjaga keselamatan bersama,” katanya.

Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) sehingga 8 Julai lalu menunjukkan secara kumulatif terdapat 50,130 kes positif COVID-19 di Negeri Sembilan.

Setakat ini, seramai 456 orang yang telah meninggal dunia kerana jangkitan wabak berkenaan setakat ini.

JKNNS juga mengesan 13 kes yang dijangkiti virus yang dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) yang terdiri daripada tujuh kes Varian Beta dan enam kes Varian Delta.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.